HUBUNGAN (1995). Manakala kepuasan kerja guru

HUBUNGAN GAYA KEPEMIMPINAN PENGETUA DAN KEPUASAN KERJA GURU-GURU DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH SWASTA PAY FONG, MELAKAPANG LING HUEYUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2018HUBUNGAN GAYA KEPEMIMPINAN PENGETUA DAN KEPUASAN KERJA GURU-GURU DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH SWASTA PAY FONG, MELAKAPANG LING HUEYKERTAS PROJEK YANG DIKEMUKAKAN KEPADA UNIVERSITI PUTRA MALAYSA BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT- SYARAT IJAZAH SARJANA PENTADBIRAN PENDIDIKAN(MPPP) PJJAbstrakKajian ini adalah untuk mengenalpasti gaya kepemimpinan pengetua dengan kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong , Melaka. Kajian ini adalah berfokus kepada dua gaya kepemimpinan iaitu transformasi dan transaksi oleh Bass dan Avolio 1995. Alat ukur kepemimpinan transformasi disesuaikan dari Multi Factor Leadership Questionnaire (MLQ) Form 5X-Rater (1992) kemudian Khalid (1997) telah mengubahsuai dan mengenepikan beberapa item yang tidak berkaitan dengan pengurusan dan kepemimpinan di sekolah. Hasilnya sebanyak 34 item telah dikenal pasti dan disenaraikan. Instrumen kepemimpinan Transaksi pula juga diperolehi daripada Bass dan Avolio (1995). Manakala kepuasan kerja guru diukur dengan instrumen yang dibentuk oleh Speed (1979). Data dikumpulkan dari 144 orang guru daripada Sekolah Menengah Swasta Pay Fong.

Data-data kajian dianalisis mengunakan pengaturcaraan Statistical Package For the Social Sciences (SPSS) 23.0 Windows. Kaedah statistik deskriptif dan statistik inferensi digunakan untuk menginterprestasi data.AstractThis reseach is to study the relationship of the principle’s leadership style on secondary teacher’s satifisfaction at work in Pay Fong Private secondary school. The main focus at this reseach is on the two styles at leadership that based on Bass and Avolio (1995) which are transformational and transactional.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

The Transformational leadership instrument was adapted from Multi Factor Leadership Questionaire (MLQ), Form 5X-Rater (1992) Bass dan Avolio (1995). Khalid (1997) then improvised and set aside some item that are not related to the management and leadership in schools. As a result, a total of 34 items were recognized and being listed. Transactional leadership instrument are based on Bass and Avolio (1995), while the teacher’s job satisfaction were measured with instrumen developed by Speed (1979). Data was collected from 144 teachers from Pay Fong Private Secondary School. The data were analyzed by using Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) 23.0 Windows. Descriptive dan inferential Method was used to interprete the data.

PenghargaanSaya berasa sungguh bersyukur dan ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pensyarah Pembimbing iaitu Prof Madya Dr. Habibah Bin Jalil dalam menghasilkan kertas projek ini.Kepada rakan sekursus PJJ terutamanya yang sentiasa memberi semgangat dan pelbagai bantuan sepanjang menyiapkan kajian ini.Kepada keluarga saya iaitu ibu bapa dan adik beradik saya yang sentiasa memhami tugasan saya serta memberi sokongan moral yang kuat.Akhir sekali, kepada mereka dan pihak-pihak yang memberikan kerjasama terhadap saya semoga Tuhan dapat memberkati mereka. Jasa kalian tetap terpahat dalam ingatan saya.Pang Ling HueyIsi KandunganAbstrakiiAbstractiiiPenghargaanivIsi KandunganvSenarai JadualviSenarai RajahviiSenarai LampiranviiiBAB 1 PENDAHULUANPendahuluan1Penyataan Masalah Kajian4Objektif Kajian7Persoalan Kajian7Kerangka Konsep Kajian9Kepentingan Kajian10Batasan Kajian11Definisi Istilah dan Operasional12318198524828500Kepemimpinan12360743524701500Gaya Kepemimpinan12441642524828500Gaya Kepemimpinan Transformasi13418020531242000Gaya Kepemimpinan Transaksi14320929024828500Kepuasan Kerja17279209524701500Guru Besar18344868524828500Guru Pemulihan Khas19248729524701500Kesimpulan20BAB 2 TINJAUAN LITERATUR2222754236499Pendahuluan214819650238422Kepemimpinan Transformasi Dan Kajian Berkaitan224391406239674Teori Kepemimpinan Transformasi25Keistimewaan dan kesan Kepemimpinan Transformasi 304578858238421Kepemimpinan Transaksi 3341719502396742.2.

3 Teori Kepemimpinan Transaksi354871466238422Teori Matlamat Laluan (Path-Goal Theory)354135374239674Teori Kepemimpinan Situasi375028438238422Model Transaksi (Edwin Hollander, 1978)385058918239674Teori Atau Model Kontingensi (Fiedler, 1967)402637282238419Kepuasan Kerja412222754239674 Pengetua 452236470238422Rumusan47BAB 3 METODOLOGI2222754235244Pendahuluan482844546238422Rekabentuk Kajian483722370239686Populasi dan Persampelan Kajian492625090238422Kerangka Teori502780538239687Instrumen Kajian514757166238422Bahagian A : Maklumat Demografi Guru525028438239687Bahagian B: Gaya Kepemimpinan Pengetua524767834238422Bahagian C: Tahap Kepuasan Kerja Guru563685794239687Kebolehpercayaan Instrumen564757166238422Instrumen Gaya kepemimpinan Guru Besar573858006239687Instrumen Kepuasan Kerja5824787862384223403854239687Prosedur Pengumpulan Data59Pengukuran Tahap Gaya Kepemimpinan Pengetua3685794239689Dan Kepuasan Kerja Guru602849118238422Cara Analisis Data603379470239683Statistik Deskriptif61Statistik Inferensi…….

……

…….

…..

……

…..

……..

……..

….

…….

. Senarai Jadual447929031686500Jadual 3.1 : Skala Likert 5 Mata dan Interprestasi55596201524828500Jadual 3.

2 : Senarai Item Bagi Tingkahlaku Kepemimpinan Transformasi55596201524701500Jadual 3.2 : Senarai Item Bagi Tingkahlaku Kepemimpinan Transformasi56Jadual 3.4 : Tafsiran Kebolehcayaan Item Instrumen Berdasar369570024701500Nilai Cronbach’s Alpha57Senarai Rajah369443016002000Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kajian10531558551054000Rajah 2.1 : Model Kitaran Hayat Hersey dan Blanchart ( 1979)38531558516256000Rajah 2.1 : Model Kitaran Hayat Hersey dan Blanchart ( 1979)49LampiranLampiran A : Soalan Selidik……………………………………………………….BAB 1 PENGENALANPendahuluanPada zaman yang moden ini, kualiti kepimpinan seseorang pemimpin di ssebuah sekolah adalah sangat penting dan selalu diperhatikan oleh orang ramai.

Gaya kepimpinan seseorang pengetua yang mantap dan berkualiti akan menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah sekolah. Gaya kepimpinan juga akan dilihat sebagai salah satu berperanan yang besar dalam usaha memperkembangkan dan meningkatkan tahap profesionalisme perguruan negara. Gaya kepimpinan yang efektif dan efisien adalah sebagai satu penyumbangan kepada tahap kepuasan kerja guru-guru di sesebuah sekolah.

Oleh demikian, kebolehan kepimpinan adalah salah satu kriteria yang penting dalam mengurus sesebuah sekolah.Pengetua adalah seorang yang akan memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah sekolah. Sleain daripada itu, seseorang pengetua juga akan menunjukkan sifat kepimpinan yang professional semasa mengetuai sesebuah sekolah. Kepimpinan pengetua dalam menguruskan oemilihan guru-guru, jawatan-jawatan guru, subjek-subjek yang akan diajar dan lain-lain mestilah berfikir dengan teliti. Kecemerlangan sesebuah sekolah bermulanya daripada gaya kepemimpinan dan peranan pengetua yang sesuai dan berkesan. Pengetua yang memiliki kredibiliti dan kompeten dengan kemahiran pentadbiran, pengurusan dan kepemimpinan dapat menjulang sekolah ke tahap yang membanggakan, sekaliguskan mendapat kepercayaan, keyakinan, sokongan, berkesepakatan bekerja serta dapat meningkatkan kesetiaan , komitmen dan kepuasan hati guru-guru, anggota organisasi, pelanggan, stakeholder dan sebagainya.Kepimpinan merupakan satu keperluan yang sangat penting dalam membina kekuatan organisasi dalam memimpin sesebuah sekolah ke arah menuju dan mencapai matlamat yang ingin dicapaikan. Kepimpinan membawa kepada suatu persamaan dari segi konteksnya iaitu sebagai satu proses, pengaruh dan kerja sepasukan.

Kepimpinan adalah satu proses di mana seseorang pemimpin mempengaruhi orang lain bagi mencapai matlamat bersama. Dalam konteks pengurusan sekolah atau pendidikan amnya, kepimpinan adalah berhubung rapat dengan keberkesanan sekolah. Sekolah yang berkesan adalah dihasilkan melalui kepimpinan yang cekap dan berkualiti (Alimuddin, 2006). Dalam memastikan tahap keberkesanan kepimpinan itu, pengetua mestilah selalu menganalisis keadaan persekitaran yang berada sekarang, ciri-ciri dan kebolehan kakitangan dibawahnya dan faktor-faktor penting yang dapat mempengaruhi kepimpinannya dalam mencapai kecemerlangan sekolah. Pengetua yang mempunyai gaya kepimpinan yang sesuai dapat mempengaruhi guru-guru di bawah pimpinannya untuk menjadi seorang guru yang lebih berkaliber dan ini juga dapat meningkatkan kerelaan bekerja seseorang guru.

Gaya kepimpinan yang baik dan berkesan dapat memacukan sekolah ke satu tahap yang lebih cemerlang. Kepimpinan transaksi sering ditakrifkan sebagai kepimpinan yang bersifat mengarah dan pendekatannya lebih bersifat top-down. Konsep kepimpinan transaksi pula menekankan kepada koordinasi dan kawalan guru juga dianggap lebih bersifat pengurusan kerana lazimnya ia selalu berhubung kait dengan konsep pertukaran (Halliinger, 2003). Ini adalah bermaksud bahawa pekerja akan bekerja kuat jika ada imbuhan yang akan diberi dan yang sebaliknya akan menerima hukuman jika tidak dapat menyiapkan tugasannya. Hubungan antara pemimpin transaksi dan pengikutnya juga lebih bersifat formal dengan jurang yang amat berbeza.

Manakala intipati kepimpinan transformasi adalah mengubah hubungan pengikut dan pemimpin secara total (Owen, Hodgson dan Gazzard, 2004). Ini bermakna kepemimpinan transformasi adalah bertujuan membina hubungan kerja yang lebih kondusif di antara pemimpin dengan guru-guru yang di bawah pimpinannya.Namun begitu kepimpinan transaksi juga mempunyai kelebihan dan kekuatan tertentu terutama dalam mendorong tingkahlaku ke arah kepatuhan tugas dalam kalangan subordinat (Fortmann et.al, 2003). Walau bagaimanapun kepimpinan transformasi didapati sebagai yang paling berkesan dalam mewujudkan tindak balas yang diperlukan dari kalangan subordinat kerana kepimpinan transformasi mempunyai kekuatan mempunyai kekuatan merentasi kepimpinan transaksional (Bass, 1985) terutama dalam aspek keberkesanan memberi kepuasan kerja subordinat terhadap organisasinya.Namun Fullan (2001) juga menyuarakan pendapat mereka tentang ciri-ciri kepemimpinan yang perlu dimiliki oleh guru besar sekolah dalam era globalisasi.

Ciri yang dimaksudkan dikenali sebagai kepemimpinan profesional iaitu merujuk kepada sikap ketegasan pengetua dalam membuat keputusan, mempunyai matlamat yang realistik serta menekankan keunggulan sebagai pemimpin semasa di sekolah. Di samping itu, pengetua juga perlu menitikberatkan aspek-aspek pembangunan manusia seperti kepuasan kerja dan komitmen guru terhadap sekolah. Pendek kata, pengetua adalah dituntut untuk memberikan keseimbangan antara kecemerlangan dalam pengurusan dengan kepemimpinan yang efektif sebagai pembuka ruang kepada kepuasan kerja guru, seterusnya meningkatkan komited guru terhadap sekolah dan profesion.Penyataan Masalah KajianJudge dan Locke (2003) menegaskan pula bahawa gaya kepemimpinan merupakan salah satu faktor penentu kepuasan kerja. Jenkins (1993), menambah bahawa ramai pekerja berhenti kerja disebabkan oleh ketidakpuasan terhadap syarat dan peraturan kerja kerana pekerja merasakan pemimpin tidak memberi kepercayaan kepada mereka, tidak ada keterlibatan pekerja dalam pembuatan keputusan, pemimpin yang bertindak secara tidak objektif dan tidak jujur pada pekerja.Kajian oleh Abdul Ghani (2005) mendapati bahawa gaya kepemimpinan transformasi oleh guru besar berkeupayaan untuk meningkatkan kepuasan kerja.

Kajian oleh Md Ali (2005) mengenai kepemimpinan transformasi pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Pontian, Johor juga mendapati membawa bahawa kepemimpinan transformasi adalah amat mementingkan pengetahuan tentang tingkah laku manusia serta berkemahiran tinggi dalam aspek hubungan interpersonal terutama dalam memahami sikap dan motif orang lain serta membina hubungan yang baik dengan subordinat.Manakala Abdul Ghani, Abd. Rahman dan Mohammed (2008), menyatakan bahawa pemimpin (guru besar) yang mengamalkan kepemimpinan transaksi percaya bahawa mereka boleh mendorong pekerja bawahannya (guru) supaya melakukan apa sahaja yang diarahkan dengan cara saling membuat pertukaran antara kerja dengan upah atau ganjaran, pengiktirafan, kenaikan pangkat danlain-lain.

Owen et. al,. (2004 ) menganggap kepemimpinan transaksi lebih bersifat pengurusan kerana lazimnya ia selalu berhubungkait dengan konsep pertukaran.

Ini bermaksud pekerja akan bekerja kuat jika ada imbuhan dan yang sebaliknya akan menerima hukuman. Hubungan antara pemimpin transaksi dan pengikutnya juga lebih bersifat formal dengan jurang yang amat berbeza. Manakala intipati Kepemimpinan transformasi adalah mengubah hubungan pengikut dan pemimpin secara total (Owen, Hodgson dan Gazzard, 2004). Bermakna kepemimpinan transformasi bertujuan membina hubungan kerja yang lebih kondusif di antara pemimpin dengan subordinat.Berdasarkan permasalahan yang telah dikemukakan di atas, penyelidik ingin membuat kajian tentang hubungan gaya pemimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru-guru di sekolah menengah swasta Pay Fong. Kajian ini menjurus kepada mengenalpasti gaya kepemimpinan tranformasional atau transaksi yang diamalkan oleh pengetua lebih memberi kepuasan kerja kepada guru-guru di sekolah menengah swasta Pay F ong.Objektif KajianTujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti gaya kepemimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru-guru di sekolah menengah swasta Pay Fong.

Objektif kajian ini adalah untuk :Mengenalpasti amalan gaya kepemimpinan pengrtua yang dominan.Mengenalpasti tahap kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong.Mengenalpasti hubungan subskala (dimensi)kepemimpinantranformasi pengetua dengan kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Pay Fong.Mengenalpasti hubungan subskala (dimensi) kepemimpinan transaksi pengetua dengan kepuasan kerja kepada guru-guru di Sekolah Menengah Pay Fong.Persoalan kajianDaripada objektif kajian yang dinyatakan , persoalan kajian adalah seperti berikut :Apakah gaya kepemimpinan dominan yang diamalkan oleh pengetua di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong?Apakah tahap kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong?Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepemimpinan tranformasi Pengetua dengan kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong?Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan transaksi pengetua dengan kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong?Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan tranformasi pengetua dengan kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong?Apakah subskala (dimensi) gaya kepemimpinan transformasi pengetua yang paling memberi kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Pay Fong?Apakah subskala (dimensi) gaya kepemimpinan transaksi pengetua yang paling memberi kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Pay Fong?1.

4 Hipotesis KajianBeberapa hipotesis nul telah dibentuk untuk menguji hipotesis kajian:Ho1 : Tidak terdapat hubungan gaya dominan antara gaya kepimpinan transformasi dan gaya kepimpinan transaksi di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong. Ho2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan transaksi diamalkan oleh pengetua dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong. Ho3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan transformasi diamalkan oleh pengetua dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong. Ho4 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan bagi subskala-subskala(dimensi- dimensi) kepimpinan transaksi dengan kepuasan guru di Sekolah Menengah Swata Pay Fong.

Ho5 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan bagi subskala-subskala(dimensi- dimensi) kepimpinan transformasi dengan kepuasan guru di Sekolah Menengah Swata Pay Fong. 1.5Kerangka Konsep KajianRajah 1.

1 : Kerangka Konsep Kajian1459865207645Gaya Kepimpinan PengetuaTransformasionalTransaksionalKepuasan / ketidakpuasan kerja guru00Gaya Kepimpinan PengetuaTransformasionalTransaksionalKepuasan / ketidakpuasan kerja guruSumber : Model Kepemimpinan Bass dan Avolio (1995)Daripada Rajah 1.1 di atas, telah menjelaskan bahawa gaya kepemimpinan pengetua mungkin akan menpengaruhi kepuasan atau ketidakpuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong. Apabila gaya kepemimpinan pengetua dapat diterima oleh guru-guru, maka guru-guru akan melaksanakan kerja mereka dengan senang hati tanpa merasa tekanan atau perasaan yang tidak baik.

Ini juga akan menyebabkan mereka melakukan tugasan mereka dengan seronok, bersungguh-sungguh dan tanpa paksaan. Ini juga akan menunjukkan guru-guru mendapat kepuasan kerja mereka. Kalau memenuhi kepuasan guru-guru, maka produktiviti guru-guru akan meningkat.Sebaliknya, kalau gaya kepemimpinan pengetua tidak dapat diterima oleh guru-guru, guru-guru akan melaksanakan kerja mereka secara paksaan dan ini akan menyebabkann mereka tidak mendapat kepuasan terhadap kerja yang dilakukan oleh mereka. Ini juga akan menyebabkan mereka tidak melaksanakan kerja dengan cekap dan berkesan.

Ini akan menyebabkan produktiviti guru-guru menurun. 1.6 Kepentingan KajianKepentingan kajian ini adalah berdasarkan kajian tentang gaya kepemimpinan yang diamalkan oleh pengetua dan kepuasan kerja guru-guru merupakan satu langkah untuk memahami peranan gaya kepemimpinan pengetua terhadap kepuasan kerja guru-guru agar dapat memberikan maklum balas demi kepentingan pengurusan terutama di peringkat sekolah meningkatkan keberkesanan sekolah. Hasil kajian ini dapat membantu pihak-pihak tertentu dalam menangani masalah yang berkaitan dengan kepemimpinan pengetua. Hasil kajian ini juga dapat membantu pengetua menangani masalah ketidakpuasan hati guru-guru di bawah pengurusannya. Dapatan dari kajian ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan kepada pengetua berhubung dengan gaya kepemimpinan yang sesuai untuk diamalkan dan yang berkaitan dengan kepuasan kerja guru-guru di bawah pimpinannya.

Pengetahuan mengenai gaya kepemimpinan diharap dapat memberi alternatif kepada pengetua untuk mempertingkatkan keberkesanan kepemimpinannya. Maklum balas dari kajian ini dapat membantu pengetua dalam mengaplikasikan jenis gaya kepemimpinan yang bersesuaian dengan iklim sekolah bagi memastikan keselesaan dan kepuasan kerja guru-guru serta menjadikan sekolah sebagai pusat kecemerlangan dalam membangunkan modal insan yang berkualiti.1.7 Batasan KajianTerdapat beberapa limitasi di dalam membuat kajian ini iaitu kajian ini hanya terbatas kepada guru-guru Sekolah Menengah Sawata Pay Fong dan pengetua di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong sahaja. Pemilihan kaedah pengumpulan data yang terhad mengakibatkan penyelidikan ini bergantung sepenuhnya kepada jawapan yang diberikan oleh responden dari borang soal selidik sahaja. Selain itu, kajian ini hanya menghubungkaitkan gaya kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja-kerja daripada persepsi para guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong. Alasan kesibukan para guru dalam menyelesaikan komitmen-komitmen lain di sekolah selain tumpuannya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang menyebabkan mereka mempunyai kecenderungan untuk menjawab soal selidik yang dikemukakan secara terburu-buru , secara tidak jujur dan ikhlas.

Hasil kajian mendapati bahawa gaya kepemimpinan pengetua dan keselesaan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong penting untuk mewujudkan kerjasama yang erat dalam memacu sekolah ke arah kejayaan dan kecemerlangan. Selain itu, ia juga merupakan satu panduan yang memberi manfaat kepada pengurusan pendidikan sebagai satu bahan rujukan untuk mengambil langkah-langkah pengukuhan dan peneguhan terhadap pengurusan sekolah.1.8 Definisi Istilah dan Operasional1.8.1 KepemimpinanRobbin (2005) telah mendefinisikan kepimpinan sebagai kemampuan seseorang yang dapat mempengaruhi pasukan kerja ke arah pencapaian matlamat sesebuah organisasi. Dalam kajian ini kepimpinan pengetua merujuk kepada kepimpinan transformasi yang terdiri daripada sifat-sifat karismatik, keupayaan membangkitkan inspirasi, merangsang intelek, dan pertimbangan secara individu dan transaksi (Bass, 1985).1.

8.2 Gaya KepimpinanGaya kepimpinan merupakan perilaku yang digunakan oleh seseorang untuk mencuba mempengaruhi perilaku orang lain (Thoha, 2001). Kajian ini hanya menjurus kepada dua gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua iaitu gaya kepimpinan transaksi dan gaya kepimpinan transfomasi seperti kajian yang telah dibuat oleh Bass dan Avolio (1995) yang membahagikan gaya kepimpinan transformasi kepada empat subskala iaitu bersifat karismatik, merangsang intelek, bertimbag rasa secara individu dan inspirasi motivasi. Manakala gaya kepimpinan transaksi juga mempunyai empat subskala iaitu ganjaran kumpulan, pengurusan melalui pengecualian aktif, pengurusan melalui pengecualian pasif dan Laissez Faire (rujuk Rajah 1.

2 di sebelah).1.8.3 Gaya Kepimpinan TransformasiGaya kepimpinan transfomasi adalah bermaksud satu set kemampuan pemimpin yang dapat membolehkan mereka mengesan keperluan untuk melakukan sesuatu perubahan, mencipta wawasan, komitmen terhadap wawasan, membimbing perubahan seterusnya melaksanakan perubahan dengan cekap (Abdul Aziz, 2010).Terdapat empat subskala (dimensi) kepimpinan transformasi menurut Bass dan Avolio (1995):1.8.

3.1 Karismatik iaitu pemimpin yang berciri-ciri kepimpinan yang mampu membentuk wawasan, misi, matlamat dan berkeyakinan tinggi untuk meningkatkan perasaan optimis, identifikasi dan emosi yang kuat di kalangan subordinat. 1.8.3.2 Merangsang intelek iaitu ciri-ciri pemimpin yang berkebolehan untuk mempengaruhi subordinat untuk melihat masalah dengan perspektif baru yang lebih menumpukan kepada kaedah penyelesaian masalah dan penaakulan.

1.8.3.3 Bertimbang rasa secara individi iaitu sifat-sifat pemimpin yang mengambil berat tentang ciri-ciri kemanusiaan subordinat. Ia juga menganggap setiap subordinat sebagai seorang individu.1.8.

3.4 Inspirasi motivasi iaitu sifat –sifat pemimpin yang berkebolehan untuk berkomunikasikan dengan wawasan, dan menjadikannya satu tingkah laku yang sesuai sebagai model. 1.8.4 Gaya Kepemimpinan TransaksiMengikut Hallingger (2003) takrifan kepimpinan transaksi memberi maksud sebagai kepimpinan yang bersifat mengarah dan pendekatannya lebih bersifat top-down.

Konsep kepimpinan transaksi yang menekankan kepada koordinasi dalam kawalan pengetua.Bass dan Avolio (1995) telah mengemukankan bahawa kepimpinan transaksi juga merangkumi usaha-usaha pemimpin yang dapat mempengaruhi melalui matlamat yang jelas berkenaan dengan visi dan misi organisasi, menetapkan harapan terhadap hasil, maklum balas dan juga memberikan ganjaran kepada kerja-kerja yang telah diselesaikan oleh subordinat (Dvir, Eden, Acolio, Shamir,2002). Kepimpinan ini akan berusaha untuk mengenalpasti dan memenuhi keperluan peringkat rendah subordinat iaitu keperluan fisiologi dan keselamatan (Bass, 1990).Tingkahlaku kepimpinan transaksi mengandungi dua faktor yang dapat diukur melalui MLQ5x (Bass & Avolio, 2000) iaitu (a) ganjaran kumpulan dan (b) pengurusan pengecualian (pasif dan aktif). Ganjaran kumpulan menjelasakan tentang jangkaan, dorongan pencapaian secara positif melalui persetujuan bersama terhadap sesuatu matlamat dan mereka akan menerima sesuatu ganjaran jika sekiranya matlamat dapat dicapai sepertimana yang telah ditetapkan. Pengurusan pengecualian menumpukan kepada penyelesaian terhadap pelbagai masalah yang berlaku dan berusaha untuk mencapainya dengan cara memperbaiki masalah untuk mempertahankan tahap yang telah diterima atau dicapai.Menurut Bass dan Avolio (1995), kepimpinan transaksi dapat dibahagikan kepada empat subskala (dimensi) iaitu:Ganjaran KumpulanGanjaran kumpulan merangkumi tindakan kepimpinan yang bertujuan untuk mempengaruhi tingkah laku subordinat. Kepemimpinan organisasi akanbertindak untuk memastikan rangka kerja yang perlu dicapai oleh subordinat.

Pemimpin akan menetapkan matlamat dan jangka masa bagi sesuatu rangka kerja yang telah dirancang untuk dicapai oleh subordinat dan akan menjanjikan ganjaran atau insentif terhadap bidang tugas yang telah berjaya dicapai oleh subordinat.Pengurusan Melalui Pengecualian PasifPengurusan melalui pengecualian pasif adalah tindakan pemimpin organisasi yang bertujuan untuk mempengaruhi tingkah laku subordinat melalui kaedah teguran atau tindakan sebagai tindakbalas ke atas pencapaian kerja yang tidak mencapai tahap atau standard yang telah ditetapkan.Pengurusan Melalui Pengecualian AktifPengurusan melalui pengecualian aktif adalah tindakan pemimpin organisasi yang bertujuan untuk mempengaruhi tingkah laku subordinat secara aktif. Melalui kaedah ini pemimpin akan memantau pencapaian dan menggunakan pendekatan teguran serta nasihat untuk memastikan objektif sesuatu tindakan dapat disiapkan dan mencapai ke tahap yang dikehendaki.d. Laissez FairePemimpin membiarkan orang bawahannya melakukan tugas tanpa ada pengawasan dari dirinya. Mutu dan hasil pekerjaan seluruhnya merupakan tanggung jawab orang bawahannya. Pandangan seorang pemimpin yang laissez faire kepada orang bawahan sebagai orang-orang yang bertanggung jawab, orang-orang yang matang, orang-orang yang setia dan lain sebagainya.

Nilai yang tepat dalam hubungan atasan-bawahan adalah nilai yang didasarkan kepada percayaan yang tinggi antara satu sama lain.1.8.5 Kepuasan KerjaKepuasan kerja bermaksud satu perasaan suka atau tidak suka, senang atau tidak senang (favorable or infavorable) seseorang berkenaan dengan pekerjaannya (Davis & Newstrom, 2001 ) atau sikap seseorang secara umum terhadap pekerjaannya (Robbins, 2001). Kepuasan kerja merupakan satu pembolehubah sikap (attitude) yang dapat berkaitan dengan perasaan pekerja terhadap pekerjaannya. Ini telah menggambarkan satu perasaan dan ia merupakan satu jenis komponen sikap. Kepuasan kerja juga boleh disebut sebagai komponen afeksi.

Sikap atau afeksi tersebut terbentuk sebagai satu hasil evaluasi terhadap pengalaman aspek-aspek pekerjaannya.1.8.6 PengetuaPengetua adalah seorang peneraju utama di dalam kepimpinan dalam sesebuah sekolah menengah. Peranan dan fungsi pengetua masih menjadi fokus dan perhatian umum (Ayob, 2005). Menurut Kamus Dewan Dan Pustaka mengatakan bahawa pengetua ialah ketua bagi sesebuah sekolah menengah. Ia juga diberi nama seperti ketua sekolah, pemimpin, ketua atau orang yang mengetuai atau mengepalai sesebuah sekolah (Kamus Dewan, 2000).1.

9 KesimpulanPengetua sebagai seorang pengurus sekolah perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran interpersonal yang baik supaya dapat memimpin sekolah di bawah pimpinnnya dengan berkesan serta mencapai matlamat sekolah yang telah dirancang. Corak kepimpinan yang tradisional tidak lagi sesuai dengan keperluan sistem pendidikan yang moden, jadi pengetua seharusnya berani membuat perubahan di dalam corak kepimpinan agar sesuai dengan situasi semasa supaya semua warga sekolah terutamanya guru-guru boleh mendapat kepuasan kerja yang maksimum. Ini akan meningkatkan prestasi dan semangat sekolah.BAB 2 TINJAUAN LITERATURPendahuluanBab ini akan membincangkan karya dan juga kajian yang berkaitan kepuasan kerja guru dengan kepimpinan transformasi dan kepimpinan transaksi pengetua.

Walaupun banyak kajian yang dibuat tentang kedua-dua gaya kepemimpinan ini, tetapi masih terdapat percanggahan pendapat tentang gaya kepimpinan yang benar-benar memberi kesan terhadap kepuasan kerja kepada guru-guru. Kepuasan kerja yang tinggi dapat dilihat berperanan besar dalam usaha memperkembangkan dan meningkatkan tahap profesionalisme keguruan di negara ini Sapora dan Justina (2010). Gaya kepimpinan pengetua selalu dikaitkan dengan kepuasan kerja guru.

Kepuasan kerja yang tinggi atau sebaliknya boleh disebabkan oleh gaya kepimpinan yang berkesan. Dalam kertas kerja ini akan melihat hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong. Keputusan kajian beliau menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek kepuasan kerja antara jantina. Dapatan kajian juga menunjukkan gaya kepimpinan yang demokratik menyumbang kepada kepuasan kerja yang tinggi manakala gaya kepimpinan autokratik dan laissez faire menyumbang kepada kepuasan kerja yang rendah.Gaya kepimpinan pengetua memberi pengaruh kepada kepuasan kerja guru (Shukri, 2004; Mohd Nor, 2004; Maimunah, 2004).

Amalan komunikasi kepimpinan seseorang pengetua sama ada kolaboratif terbuka atau autoritatif membina mempunyai pengaruh yang ketara terhadap warga sekolah serta mempengaruhi sikap dan penglibatan mereka secara berkesan terhadap tugas dalam sekolah. Walaupun gaya-gaya kepimpinan tersebut memberi motivasi dan kepuasan kerja staf, namun pengaruh gaya kepimpinan kolaboratif terbuka didapati lebih kuat (Shukri, 2004).Noraishah (2002) telah membuat satu kajian berkenaan dengan tahap kepuasan kerja dari aspek gaji dan bebanan kerja di kalangan guru-guru Sekolah Menengah Teknik Jalan Lapangan Terbang dan Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu. Seramai 164 orang guru telah dipilih sebagai responden kajian ini. Hasil daripada kajian ini menunjukkan tahap kepuasan kerja adalah sederhana dari aspek gaji, Selain itu, terdapat perbezaan kepuasan kerja dari segi jantina dan pengalaman mengajar tetapi tiada perbezaan kepuasan kerja dari segi kelulusan akademik.Kepimpinan Transformasi Dan Kajian BerkaitanMenurut Abdul Aziz (2010), kepemimpinan transformasi adalah kepemimpinan yang memberi perhatian dan tumpuan kepada pembangunan keperluan individu pengikutnya.

Mereka cuba mengubah pandangan pengikutnya-pengikutnya mereka mengenai beberapa isu dengan membantu mereka melihat permasalahan lama dengan cara yang baru. Mereka juga berkemampuan untuk membangkitkan kesedaran, rangsangan dan memberi sumbangan melebihi daripada apa yang telah ditetapkan oleh sekolah.Ainon dan Abdullah (2004) pula menyatakan walaupun mempunyai banyak kekangan dalam menghadapi perubahan, peranan guru besar sebagai agen perubahan adalah sangat penting dan menonjol terutamanya peranan untuk mengimplimentasi inovasi dan perubahan dalam budaya sekolah. Darjah implimentasi bagi inovasi adalah berbeza disekolah-sekolah yang berbeza bergantung kepada keprihatinan dan tindakan guru besar (Hall, Hord & Griffin, 1980 dalam Mohd Izham, 2009).Mohd Izham (2009) telah mengenal pasti tiga gaya kepimpinan yang berbeza di kalangan pengetua-pengetua iaitu sebagai responder, manager dan initiator. Sekolah yang mana pengetua mempunyai gaya initiator adalah yang paling berjaya diikuti dengan gaya pengurus (manager) dan akhir sekali ialah gaya responder. Pengetua yang mempunyai gaya initiator bekerja secara kolaboratif dengan fasilitator perubahan yang lain.

Cara kolaboratif ini membolehkan sekolah lebih banyak intervensi terutamanya kepada staf, mesyuarat kecil dan perbincangan tentang kemajuan. Selain daripada itu, cara kolaboratif ini juga lebih banyak intervensi pelbagai arah iaitu tindakan yang diambil secara berkumpulan atau lebih daripada seorang. Cara kolaboratif juga lebih banyak tindakan dijalankan dengan merujuk guru-guru, lebih arahan daripada guru besar, lebih banyak tindakan daripada guru-guru dan lebih fokus kepada pelajar serta pembelajaran.Dalam beberapa hasil kajian oleh Ishak (2003), kepuasan pengikut pula dapat ditingkatkan dengan kepinpinan transformasi. Kepimpinan transformasi mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kepuasan kerja guru kepada sekolah. Kajian lain mengenai kepimpinan transformasi mendapati terdapat pengaruh ke atas usaha gigih dan kepuasan guru, keberkesanan sekolah prestasi kerja guru. Ishak (2003) juga mendapati bahawa kepimpinan transformasi di Malaysia mempunyai pengaruh yang lebih besar ke atas kepuasan kerja guru berbanding gaya kepemimpinan yang lain.

Hal ini kerana gaya kepimpinan ini boleh membangkitkan semangat guru berkesan daripada kepimpinan yang dipamerkan oleh pengetua. Avolio dan Bass (1991) yang menyatakan bahawa kepimpinan transformasi lebih berkesan berbanding kepimpinan transaksi. Malahan pemimpin yang mengamalkan kepimpinan transformasi menunjukkan prestasi yang tinggi. Secara tidak langsung amalan kepimpinan ini dapat menghasilkan sekolah yang berkesan.1 Teori Kepimpinan TransformasiBurn (1978) telah mengabungkan antara Teori Sifat dan Teori Tingkah Laku di dalam bukunya yang bertajuk “The Leadership”. Konsep utama Teori Kepimpinan transformasi ialah “perubahan”.

Peranan kepimpinan adalah memberi arah tuju dan melaksana perubahan bagi memastikan sekolah sentiasa cekap dan berupaya menangani sebarang ketidaktentuan.Teori Kepimpinan transformasi adalah satu proses yang dinamik apabila para pengikut rela menerima pengaruh pemimpin. Penerimaan bergantung kepada proses pertukaran pemimpin memberi serta memperolehi sesuatu sebagai balasan.

Tanggapan pengikut terhadap tindakan dan aspirasi pemimpin adalah inti pati yang penting dalam teori ini. Pemimpin berinteraksi dengan pengikut dalam keadaan yang terjamin. Sumber kuasa yang dimiliki oleh pemimpin diperolehi sama ada daripada pihak atasan atau daripada semangat kesetiaan yang ditunjukkan oleh pengikut.Menurut Burn (1978), unsur-unsur Teori Kepimpinan transformasi adalah :Pengikut menaruh harapan yang tinggi terhadap pemimpin dan menghargai sumbangan pemimpin kepada mereka. Pemimpin berfungsi sebagai satu system dan memperolehi input dari setiap pemimpin masing-masing dan merekalah yang mengeluarkan output yang diharapkan.Saling menyokong ke tahap motivasi dan morality yang lebih tinggi.Pengupayaan kuasa kepada pihak yang lain untuk mencapai wawasan.

Memupuk individu lain supaya membaiki dan meningkatkan diri.Memupuk orang bawahan supaya lebih baik moral, nilai dan kemanusiaan, melakukan prestasi yang melebihi jangkaan asas, menggunakan kuasa dalam mewujudkan kepercayaan supaya melakukan perkara luar biasa.Berupaya melibatkan individu dalam tindakan. Mengubah pemimpin kepada agen perubahan. Berani dan boleh menangani tentangan-tentangan dan kerumitan, mengambil pendirian dan menghadapi risiko dan kenyataan.Belajar sepanjang hayat iaitu menilai kesalahan-kesalahan sendiri dan orang lain sebagai peluang pembelajaran.

Mempunyai asas pegangan nilai yang kuat.Meningkatkan kecekapan kerja berpasukan. Meningkatkan identiti pasukan.Meningkat kepercayaan dan semangat kekitaan.

Menjana perubahan. Pengikut peka kepada matlamat organisasi.Kelemahan Teori Kepimpinan transformasi menurut Abdul Aziz (2010) ialah :”Practitioners” selalunya terlepas pandang terhadap prinsip-prinsip moral dalam mencapai matlamat organisasi. Organisasi menjadi terlalu bergantung kepada pemimpin.Teras kepada teori ini adalah nilai etika yang ada pada seseorang pemimpin.Oleh kerana kesan pemimpin transformasi amat besar kepada organisasi, tanpanilai ini pemimpin mungkin menyelewengkan keperluan untuk mencapai matlamat organisasi ke arah mencapai matlamat diri pemimpin itu sendiri.Teori Kepimpinan transformasi merupakan teori yang cuba untuk memperbaharui teori kepemimpinan yang terdahulu. Kepemimpinan transformasi menumpukan kepada aspek karismastik, visi dan kepemimpinan (Bass & Avolio, 1995).

Burns (1978) merupakan orang yang pertama memperkenalkan konsep kepemimpinan transformasi dengan mengambil kira perbezaan antara kepemimpinan transformasi dan transaksi. Kepemimpinan transformasi merujuk kepada proses di mana pemimpin berusaha mempengaruhi subordinat bagi mencapai kepuasan kerja, meningkatkan motivasi dan kesetiaan mereka terhadap organisasi (Burns, 1978).Tichy dan Devana (2004) juga turut mengenal pasti enam ciri pemimpin transformasi dalam kajian tersebut iaitu:Pemimpin melihat diri sebagai agen perubahan.Pemimpin berhati-hati dalam menanggung risiko.Pemimpin percayakan pengikut dan peka kepada keperluan pengikut.Pemimpin dapat menghubungkan nilai-nilai teras dengan tingkahlaku.

Pemimpin bersikap fleksible dan sentiasa belajar melalui pengalaman.Pemimpin mempunyai wawasan dan percaya kepada instinct atau gerak hati.Kajian oleh Poplin (2002) menunjukkan bahawa terdapat beberapa strategi yang dilaksanakan oleh pemimpin transformasi di sekolah iaitu:Melawat kelas-kelas dan membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam kelas.Menggalakkan guru-guru untuk melawat ke kelas-kelas atau sekolah-sekolah lain yang mempunyai pencapaian yang baik sebagai panduan.Melibatkan guru-guru dalam merancang matlamat sekolah pada awal tahun.Memberikan tanggungjawab kepada semua guru dan melibatkan mereka dalam tugas-tugas pentadbiran.Mengenal pasti dan memperakukan sumbangan guru-guru dan juga pelajar.Menjadi pendengar yang baik dan mengambil berat hal ehwal guru.

Mengadakan sesi perkembangan staf, menggalakkan perkongsian maklumat, pengetahuan, pengalaman dan juga kepakaran sesama guru.Menyedarkan guru bahawa mereka bertanggungjawab terhadap semua pelajar di sekolah dan bukan hanya terhadap pelajar atau kelas yang diajar sahaja.Menggunakan mekanisma birokratik untuk menyokong guru-guru contohnya membantu mendapatkan sumbangan untuk projek-projek tertentu, mengurangkan kerja-kerja perkeranian guru dan juga sentiasa memberikan sokongan moral kepada guru-guru.Abdul Ghani (2010) mendapati kesan kepemimpinan transformasi dapat dilihat dalam lima bentuk iaitu kesan terhadap perlakuan pengikut, psikologi, organisasi dan juga ke atas pencapaian pelajar. Menurutnya lagi pemboleh ubah yang digunakan untuk mengkaji kesan kepemimpinan transformasi ke atas psikologi termasuklah kepuasan kerja.Hal ini menunjukkan bahawa selain membawa perubahan ke atas organisasi, kepemimpinan transformasi juga mampu membawa satu perubahan atau dimensi baru terhadap persepsi guru-guru berkaitan dengan rasa puas hati mereka terhadap sesuatu kerja yang telah dijalankan. Lucas dan Valentine (2002) mendapati pemimpin transformasi memberi impak yang besar terhadap kerjasama dan perpaduan antara guru- guru di sekolah yang dikaji.Keistimewaan dan kesan Kepimpinan TransformasiAbdul Aziz (2010) menyatakan bahawa pemimpin transformasi bertanggungjawab untuk menyampaikan segala misi yang dibentuk kepada subordinat dibawahnya.

Mereka merupakan individu yang bersedia memberi panduan, petunjuk, membimbing dan mengangkat martabat subordinat di bawahnya. Disamping itu, pemimpin transformasi juga amat mementingkan pembangunan subordinat. Pemimpin sebegini sanggup berusaha untuk meningkatkan kepekaan subordinat mengenai keperluan organisasi bagi membolehkan mereka membuat pencapaian yang luar biasa.Ishak (2003) juga menyatakan bahawa kepemimpinan transformasi mempunyai kebaikan sama ada kepada pemimpin ataupun kepada subordinat. Pemimpin transformasi akan sentiasa berusaha supaya dapat meningkatkan keupayaan para subordinatnya. Di antara kebaikan yang akan diperolehi hasil daripada gaya kepemimpinan ini ialah pemimpin transformasi sentiasa akan menginspirasikan motivasi mereka kepada subordinat.

Subordinat akan lebih bermotivasi apabila mendapati pemimpin mereka mengambil berat terhadap keupayaan dan prettasi para subordinatnya. Subordinatnya akan merasakan bahawa diri mereka amat diperlukan dalam mencapai matlamat organisasi. Walaupun pemimpinnya tidak hadir pada waktu-waktu yang tertentu, subordinat dapat terus menjalankan tugasnya dengan baik dan berkesan mengikut keupayaan dan caranya tersendiri. Subordinat di bawah seliaan pemimpin transformasi dengan rela hati sanggup memperluas deskripsi kerja mereka. Mereka akan menggunakan segala kreativiti dan kemahiran dalam usaha untuk melaksanakan sesuatu tugas dengan sempurna. Subordinat sanggup melakukan kerja-kerja tambahan dalam usaha untuk menghasilkan prestasi yang membanggakan bukan sahaja kepada dirinya, bahkan kepada jabatan dan organisasi secara keseluruhannya. Seseorang subordinat juga sentiasa berusaha untuk meningkatkan keupayaan diri mereka. Mereka akan komited terhadap tugas, ahli , dan juga organisasi.

Mereka sanggup menerima segala perubahan yang dikemukakan oleh organisasi supaya organisasi dapat bersaing dengan organisasi lain serta dapat menghasilkan produk atau servis yang bermutu tinggi.Gaya kepemimpinan ini juga akan memberi kesan terhadap aktiviti pengrekrutan di mana kepemimpinan transformasi dalam sesebuah organisasi akan meningkatkankeberkesanan aktiviti pengrekrutan. Calon-calon akan tertarik dengan organisasi yang mempunyai pemimpin berkarisma, optimistik, berketrampilan, dan dinamik. Ia juga memberi kesan terhadap proses pemilihan, kenaikan pangkat dan pemindahan. Pemimpin transformasi mempunyai kebolehan untuk membuat keputusan dalam proses pemilihan, kenaikan pangkat, dan pemindahan. Melalui penilaian prestasi yang dilakukan, seseorang pemimpin boleh mengenal pasti subordinat yang boleh dinaikkan pangkat, yang memerlukan latihan, dan yang perlu dipindahkan ke unit yang lain. Penilaian haruslah dilakukan dengan teliti dan sebaiknya (Abdul Aziz, 2005).

Kepemimpinan transformasi banyak memberi kesan yang positif kepada para subordinat. Kesan yang positif ini membuktikan kepada kita bahawa kepemimpinan stail ini harus dipraktikkan oleh semua pemimpin. Antara kesan positif kepemimpinan transformasi ke atas para subordinat sebagaimana yang dinyatakan oleh Podsakoff dan lain-lain (1996) ialah mereka mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap pemimpin yang memimpin mereka.Kepimpinan Transaksi Menurut Salleh (2000), kepimpinan transaksi memfokuskan kepada keperluan motivasi luaran untuk menggerakkan pekerja bawahan. Ia bukan saja boleh dilaksanakan di dalam sesebuah organisasi tetapi juga diluar organisasi terutama pada masyarakat yang lebih besar atau politik kepimpinan.Menurut Yuk (2002) pemimpin yang mengamalkan pemberian ganjaran hasil daripada tindakan subordinat, mempunyai hubungan dengan jenis tingkah laku kepimpinan mereka.

Ganjaran kumpulan didapati mempunyai hubungan yang positif dengan kepimpinan transformasi di bandingkan dengan kepimpinan transaksi.Kepimpinan transaksi akan ditemui apabila kuasa memainkan peranan penting. Kepimpinan transaksi jika dilihat dari sudut yang positif mempunyai networking dan jika dilihat dari sudut yang negatif, ia menyalahgunakan kedudukan. Ciri-ciri pemimpin transaksi lebih mirip kepada pengurus jabatan atau pentadbir yang menganggap jawatannya sebagai batu loncatan untuk kenaikan pangkat. Pemimpin transformasi pula lebih menonjol dari segi komitmen, dan bertindak sebagai pembawa arus perubahan (Mohamed Sulaiman, 1996).Teori Kepimpinan TransaksiTeori-teori ini ingin menerangkan bahawa kelakuan dan perlakuan pemimpin boleh memberi kesan kepada kepuasan hati dan pelaksanaan tugas orang-orang bawahan. Teori-teori yang komprehensif tergolong dalam “Contingency Theory” seperti Fiedler’s Contingency Model (1966) oleh Fiedler, Situational Theory (1969) oleh Paul Hersey ; Kenneth Blanchard Path-Goal Theory (1971) oleh Robert House dan The Transactional Model (1978) oleh Edwin Hollander .Model Transaksi (Edwin Hollander, 1978)Teori ini diasaskan oleh Edwin Hollander.

Menerusi teori ini, Edwin Hollander (1978) menyatakan bahawa interaksi antara pemimpin tertentu dan pengikut tertentu akan berubah dari masa ke semasa berdasarkan kepada perkara-perkara seperti perubahan tahap keyakinan pemimpin dan pengikut, dan perubahan persekitaran yang lain yang mungkin halus dan sering kali sukar untuk didokumentasikan.Hollander menggunakan bukunya yang bertajuk Leadership Dynamics – a practical guide to effective relationships untuk menggambarkan kepimpinan dan menekankan pandangan yang dibentangkan sebagai Pendekatan transaksi kepimpinan. Fokus utama beliau adalah untuk menunjukkan kepimpinan sebagai sesuatu yang bergantung kepada kuasa. Menurut Hollander, untuk menjadi pemimpin haruslah memiliki ciri-ciri istimewa yang tersendiri seperti kebolehan untuk mengimbangi kepentingan yang diletakkan pada permulaan tugas dan hubungan . Bersama-sama dengan interaksi antara ketiga-tiga faktor (pemimpin, pengikut, dan ciri- ciri situasi), perkara yang perlu diingat ialah bagaimana pemimpin asal mendapat kedudukan, bagaimana kedudukan yang telah digunakan oleh pemimpin dan apakah faktor mempunyai apa kesan ke atas keadaan. Hollander menekankan kepentingan mempunyai kesahihan kedudukan bukan melalui hierarki tetapi oleh kompetensi. Beliau juga menekankan pentingnya kemampuan pemimpin untuk mengiktiraf perubahan keadaan yang berlaku sama ada dirancang atau tidak, bagaimana ia akan / boleh memberikan kesan keadaan, dan apa yang seharusnya dilakukan.

Teori Matlamat Laluan ( Path-Goal Theory)Teori Matlamat Laluan ( Path-Goal Theory) telah dirumuskan oleh Martin G. Evans dan Robert J. House (1971) yang membincangkan pendekatan-pendekatan kumpulan terhadap kepimpinan. Teori Laluan Matlamat terhadap kepimpinan dianggap begitu menyakinkan terutama kerana ia mencuba untuk menerangkan mengapa sesuatu gaya kepimpinan itu lebih efektif dalam satu situasi yang berlainan. Teori ini cuba membantumemahami dan meramalkan keberkesanan kepimpinan dalam strategi-strategi yang berlainan. Pendekatan matlamat laluan menumpukan kepada pemimpin sebagai punca ganjaran. Ia cuba untuk meramalkan bagaimana jenis-jenis ganjaran yang berbeza dan juga gaya-gaya kepimpinan yang berbeza mempengaruhi dorongan, dan prestasi dan kepuasan para subordinat.

Menurut Evans (2001) menyatakan bahawa yang paling penting ialah kebolehan pengurus untuk menyediakan ganjaran dan memperjelaskan apa yang perlu dilakukan oleh para subordinat untuk mendapatkannya. Para pengurus menentukan ketersediaan matlamat-matlamat (ganjaran) dan memperjelaskan tentang laluan-laluan yang sepatutnya diikuti untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut. Beliau juga menyarankan bahawa gaya kepimpinan sesseorang pengurus mempengaruhi bentuk- bentuk ganjaran yang terdapat untuk para subordinat juga tanggapan para subordinat tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan untuk mendapatkan ganjaran berkenaan. Beliau berpendapat bahawa gaya kepimpinan yang paling mendorongkan para subordinat akan bergantung kepada jenis-jenis ganjaran yang paling mereka ingini.Sementera itu, House (1971) mengembangkan teori matlamat laluan dengan mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah kumpulan yang membantu menentukan gaya pimpinan yang paling efektif.

Kedua-dua pembolehubah yang telah dikenalpasti ialah ciri-ciri peribadi para subordinat dan tekanan persekitaran dan tuntutan di tempat kerja yang perlu dihadapi oleh para subordinat. Menurut House (1971), gaya kepimpinan yang disukai oleh para subordinat sebahagiannya akan ditentukan oleh ciri-ciri peribadimereka sendiri. Beliau mengenal pasti 3 faktor persekitaran yang membantu menentukan gaya kepimpinan yang disukai oleh para subordinat iaitu ciri-ciri tugas para subordinat, sistem autoriti formal organisasi dan kumpulan kerja para subordinat. Beliau menegaskan bentuk-bentuk ganjaran yang akan diberikan kepada subordinat merupakan faktor motivasi amat penting bagi mencapai kepuasan kerja subordinat.Teori kepimpinan situasiTeori kepimpinan situasi telah dibangunkan oleh Paul Hersey yang merupakan seorang profesor yang terkenal dengan bukunya “Situational Leader” dan Ken Blanchard seorang pengurus yang berjaya dalam penulisan bukunya “One Minute Manager”, telah mereka model kepemimpinan situasi pada tahun 1969 dalam bukunya yang bertajuk “Management of Organizational Behaviour” yang menganalisis keperluan situasi dan mengaplikasikan stail yang paling sesuai dalam banyak keadaan. Teori ini merupakan teori kontingensi yang memberikan penekanan kepada kematangan pengikut. Menurut Hersey dan Blanchard (1977), kepimpinan yang berjaya akan dicapai melalui pemilihan gaya kepimpinan yang sesuai di mana gaya ini bergantung kepada tahap kematangan yang merujuk kebolehan dan kesanggupan manusia untuk menerima tanggungjawab bagi memimpin organisasi.

Teori Situasi Hersey- Blanchard juga dikenali sebagai Teori Kitaran Hayat yang sering digunakan dalam pembangunan kepimpinan dan latihan kepengikutan. Mereka percaya bahawa pengurus boleh mengubah dengan senang sahaja gaya kepimpinan bagi memadankannya dengan keperluan situasi.Rajah 2.1 : Model Kitaran Hayat Hersey dan Blanchart ( 1979)13303259461500Sumber : Journal of Educational Management, Volume 1 March 2011, p.125Berdasarkan rajah 2, model ini pada peringkat penyertaan dapati pemimpin melibatkan orang bawahan dalam merancang dan membuat keputusan. Ia melibatkan tingkah laku tugas yang rendah dan perhubungan yang tinggi dan mewujudkan hubungan dua hala. Pada peringkat menjual pula orientasi tugas dan perhubungan yang tinggi. Pemimpin menjalankan tingkah laku mengarah dan menyokong, iaitu proses komunikasi dua hala antara pemimpin dengan pengikut akan terbentuk.

Kepuasan Kerja Dan Kajian BerkaitanKepuasan kerja mendapat perhatian para pengkaji apabila pergerakan perhubungan manusia telah dapat meyakinkan para pentadbir bahawa pekerja yang berpuas hati terhadap pekerjaannya adalah pekerja yang produktif. Apabila pekerja berasa bangga bekerja secara berkumpulan, kumpulan pekerja tersebut akan terdorong untuk meningkatkan prestasi kerja. Kepuasan merupakan gabungan psikologi, fisiologi dan persekitaran yang menyebabkan seseorang itu berkata “saya berpuas hati dengan kerja saya” (Hoy ; Miskel, 2006).Kajian Azrul Hisham (2009) mendapati faktor bebanan tugas adalah antara penyebab kepada guru menghadapi tekanan. Hal ini kerana guru sentiasa terikat dengan pelbagai jenis tugas lain di samping tugas hakiki mereka. Selain itu, usaha menambah baik kecekapan peringkat mikro organisasi pendidikan atau sekolah telah menyebabkan tekanan terhadap organisasi sekolah supaya meningkatkan prestasi dan pencapaian (Abdul Ghani, 2010) dan ianya menyebabkan beban tugas kepimpinan peringkat sekolah semakin bertambah.Hasil kajian Fleishman (2009) menunjukkan kadar kepuasan kerja di kalangan pekerja adalah tinggi di bawah pemimpin yang dinilai tinggi dalam dimensi timbang rasa.

Sebaliknya pemimpin yang dinilai tinggi dalam dimensi struktur pula mempunyai kadar kepuasan kerja yang rendah.Menurut Abdul Rahim (2007), tanda-tanda ketidakpuasan kerja ialah bosan, ponteng kerja, komitmen rendah, rungutan, protes, meletakkan jawatan, persaraan awal, hilang kepercayaan, tekanan, burnout, prestasi merosot dan memohon pertukaran. Manakala sebabsebab ketidakpuasan kerja berlaku disebabkan faktor diskriminasi, pilih kasih, beban kerja, amalan tidak sihat, keadaan tempat kerja, tidak dapat menyesuaikan diri dan ganjaran serta prospek.

Justeru Jazmi (2009) mencadangkan agar pengetua mengamalkan gaya kepimpinan transformasi. Hal ini kerana pengetua akan berhadapan dengan guru-guru, staf dan pelajar yang merupakan elemen-elemen yang memerlukan perhubungan kemanusiaan yang lebih tinggi. Perkara ini penting kerana ia memberikan kepuasan kerja kepada guru. Misalnya Woo (2007) mendapati guru-guru teknikal dan vokasional mengalami kepuasan kerja tinggi dalam dimensi penyeliaan kerana mereka amat berpuas hati dengan corak penyeliaan pengetua masing-masing yang berpengaruh, kemas kini, selalu memberi penghargaan terhadap kerja yang baik, percayakan kemampuan guru-guru dan sentiasa ada apabila diperlukan. Selain itu, sifat penyelia yang mesra, berbudi bahasa, cerdas, bersabar dan berhati-hati semasa menjalankan tugas turut memberi kepuasan kepada guru.

Berdasarkan kajian lepas tentang kepimpinan transformasi dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru, Mohamad Zabidi (2009) dan Nursuhaila (2007) menunjukkan wujudnya ciri-ciri kepimpinan transformasi pada pengetua dan persepsi responden terhadap keempat-empat dimensi amalan kepimpinan transformasi pengetua adalah tinggi. Namun begitu, dapatan kajian mereka bercanggah dengan dapatan kajian Aziah et al. (2005) terhadap 93 orang guru di dua buah sekolah kluster di sebuah negeri Utara Semenanjung Malaysia mendapati amalan kapasiti kepimpinan guru di sekolah tersebut tidak dipengaruhi oleh kepemimpinan transformasi pengetua dan berada pada tahap sederhana.Manakala dapatan kajian Mohamad Zabidi (2009) dan Mohd Aziz (2008) menunjukkan terdapat hubungan kuat di antara amalan kepemimpinan transformasi pengetua dan kepuasan kerja guru. Dapatan mereka selari dengan dapatan Podsakof et al. (1996) dan Leithwood et al. (1997) yang mendapati amalan kepimpinan transformasi pengetua mempunyai kesan yang positif ke atas kepuasan.Kepuasan kerja juga dikaitkan dengan suasana kerja ( Hackman ; Oldham, 2006).

Suasana kerja yang memberi peluang kepada pekerja untuk berinteraksi antara satu sama lain dan tidak wujudnya pengasingan antara pekerja akan menyebabkan pekerja lebih berpuas hati. Selain itu, satu lagi penyumbang kepada kepuasan pekerja adalah suasana sosial di kalangan yang dapat bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.Berkaitan dengan hal ini, (Kottkamp ; Mulhern, 2004) mendapati guru yang bekerja dalam suasana iklim terbuka dilaporkan sebagai lebih berkeyakinan terhadap diri sendiri dan juga terhadap keberkesanan sekolah. Suasana sekolah terbuka juga didapati dapat meningkatkan kesetiaan guru terhadap pengetua dan juga memberikan kesan terhadap kepuasan kerja (Kanner, 1974 dipetik dalam Kottkamp ; Mulhern, 2004).Autonomi atau kebebasan yang diperolehi guru di sekolah juga adalah berkaitan dengan kepuasan kerja.

Conley, Bacharach dan Bauer (1989), kurangnya kebebasan atau autonomi serta peluang yang sedikit untuk guru menyumbangkan bakat kepemimpinan akan menyebabkan guru kurang berpuas hati. Tambah mereka lagi, jika kepemimpinandan kebolehan guru disekat kerana berlakunya konflik kerja antara staf dengan organisasi, maka kepuasan kerja adalah rendah.Penglibatan pekerja dalam aspek profesional kerja contohnya melibatkan diri dalam membuat keputusan juga adalah berkaitan dengan kepuasan kerja. Guru akan puas bekerja jika mereka menganggap diri sebagai profesional, mempunyai autoriti dan juga dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan terutamanya yang berkaitan dengan rancangan kerja yang melibatkan tanggungjawab mereka dalam tugas (Heck ; Marcoulides, 1996; Conley, Bacharach ; Bauer, 1989).RumusanSebagai rumusan dapat dikatakan bahawa bidang kepemimpinan merupakan suatu bidang yang amat penting untuk dititik beratkan. Ia amat berkait rapat dengan kepuasan kerja dan sejauhmana seseorang itu suka dengan pekerjaannya dan berasa seronok berada di tempat kerja. Seorang pengetua yang berkesan mempunyai gaya kepemimpinan yang dinamik dalam memimpin organisasinya. Pemimpinlah yang menentukan keberkesanan sesebuah organisasi, samada organisasi itu formal atau tidak formal.

Kemajuan atau kemunduran sesebuah negara juga ditentukan oleh kepemimpinan.BAB 3 METODOLOGIPendahuluanPenyelidikan ini dijalankan untuk melihat perbezaan antara gaya kepimpinan transformasi dengan gaya kepimpinan transaksi dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong, Melaka. Kajian ini ingin melihat dimensi subskala-subskala kepimpinan transformasi dan kepimpinan transaksi pengetua yang paling disukai oleh guru serta menjadi faktor penyumbang kepada kepuasan kerja guru di sekolah.Rekabentuk KajianReka bentuk kajian merujuk kepada cara sesuatu maklumat kajian dilaksanakan untuk memenuhi dan mencapai matlamat penyelidikan. Kajian ini berbentuk kajian perbandingan dan korelasi Ex Post Facto. Dalam bahagian kajian korelasi kepemimpinan transformasi dan kepemimpinan transaksi merupakan pemboleh ubah bebas dan kepuasan kerja guru merupakan pemboleh ubah bersandar (Jazmi, 2009).Rajah 3.1: Reka Bentuk Kolerasi ‘Ex Post Facto’129349524257000Sumber : Jazmi.

(2009). Gaya kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru : Kajian perbandingan SMK ; SMKIA, Disertasi Sarjana, p.52.Populasi dan Persampelan KajianKajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan.

Pendekatan ini dijalankan dengan memberi tumpuan terhadap ciri-ciri tertentu dan sesuai dengan fokus penyelidikan yang ingin dilakukan. Selain itu, kaedah tinjauan juga digunakan kerana kaedah ini dapat mengukur kajian subjek yang luas berdasarkan soal selidik yang disediakan.Terdapat satu buah Sekolah Menengah Swasta harian biasa di Negeri Melaka. Jadi 150 orang guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong telah dipilih untuk mendapat sampal kajian.

Kerangka TeoriKajian ini dijalankan untuk mengetahui taburan tingkahlaku kepimpinan transformasi dan transaksi pengetua yang merupakan pemimpin di sekolah. Kerangka kajian ini adalah berdasarkan soal selidik yang telah disesuaikan daripada skala Multi Factor Leadership Questionnaire (MLQ) Form 5X-Rater (1992). Soal selidik kepimpinan transaksi pula juga diperolehi daripada Bass dan Avolio (Bass dan Avolio, 1995) Manakala soal selidik yang dibentuk oleh Speed pula untuk soal selidik kepuasan kerja guru-guru.Instrumen KajianInstrumen kajian ini adalah instrument yang telah diubahsuai daripada MLQ-Form 5X yang telah dibentuk oleh Bass (1985). Dalam kajian ini, soal selidik gaya kepeimpinan transformasi yang digunakan adalah Multi Factor Leadership Questionnaire (MLQ) Form 5X-Rater (1992) yang dibentuk oleh Bass (1985) kemudian diubahsuai oleh Poon (1997) agar bersesuaian dengan kajian dalam bidang pengurusan pendidikan.

Soal selidik gaya kepemimpinan transaksi juga dibentuk oleh Bass dan Avolio (1995). Soal selidik kepuasan kerja pula menggunakan soal selidik yang dibentuk oleh Speed (1979).Menurut Felfe (2002) instrumen ini di dalam kajiannya telah menyatakan responden hanya akan meneruskan usaha untuk menjawab soalan sekiranya soalan yang dikemukakan dapat dibaca dan difahami dengan mudah. Selain itu, soalan juga perlu jelas, pendek, memerlukan pemikiran dan penganalisaan yang rendah serta memerlukan jawapan yang pendek dan mudah diisi.Instrumen yang akan digunakan untuk kajian ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, untuk mengukur maklumat berkaitan peribadi guru yang mempunyai 7 item. Bahagian B pula adalah untuk mengukur tingkah laku kepemimpinan guru besar yang mempunyai 46 item dimana 34 item berkaitan dengan gaya kepemimpinan transformasi pengetua dan 12 item pula berkaitan dengan gaya kepemimpinan transaksi pengetua, dan bahagian C adalah untuk mengukur kepuasan kerja guru juga mempunyai 12 item.Bahagian A : Maklumat Demografi GuruBahagian ini mengandungi maklumat yang berkaitan dengan peribadi guru iaitu jantina, umur, taraf perkahwinan, tempoh perkhidmatan, pengalaman, bangsa, kelayakan akademik, kelayakan ikhtisas.Bahagian B: Gaya Kepimpinan PengetuaSoal selidik gaya kepimpinan pengetua sekolah adalah terdiri daripada dua gaya kepimpinan iaitu kepimpinan transformasi dan kepimpinan transaksi.

Soal selidik kepimpinan transformasi disesuaikan daripada skala Multi Factor Leadership Questionnaire (MLQ) Form 5X-Rater (1992) yang telah dibentuk oleh Bass dan Avolio (1995) dan telah dipetik dalam Felfe (2002) . Soal selidik ini adalah diubahsuai dari MLQ Form 5 yang telah diperolehi daripada Bass (1985). Soal selidik ini mengandungi 34 item yang berdasarkan empat subskala (dimensi) iaitu merangsang intelek ,karisma, bertimbang rasa secara individu dan motivasi. Soal selidik kepimpinan transaksi pula juga diperolehi daripada Bass dan Avolio (Bass dan Avolio, 1995).Menurut Bass (1985), untuk mengenalpasti sama ada kepimpinan transformasi membawa sesuatu makna dalam konteks organisasi yang kompleks, satu tinjauan yang menggunakan open-ended question telah diadakan ke atas 70 orang eksekutif industri kanan lelaki. Semua responden diminta untuk menyenaraikan seberapa banyak pemimpin industri dan orang perseorangan yang mempunyai ciri pemimpin transformasi. Sebelum responden menjawab soalan, maksud dan ciri-ciri pemimpin transformasi telah dijelaskan.Hasil daripada tinjauan ini, beberapa ciri kepimpinan transformasi telah dikenal pasti.

Pemimpin transformasi mempamerkan tingkah laku sebagai role-model, menetapkan matlamat yang jelas dan tinggi, memberikan galakan kepada pekerja melalui nasihat, sokongan, perakuan, bersikap terbuka dan juga seorang pendengar yang baik. Selain itu, kepimpinan transformasi juga mendelegasikan tugas dan melibatkan pekerja dalam proses membuat keputusan.Selepas mengenalpasti, sebanyak 142 item telah disenaraikan dan diberikan kepada 11 orang lulusan sarjana pentadbiran perniagaan (MBA) dan juga pelajar jurusan sains sosial yang telah menghadiri satu seminar kepemimpinan. Seperti sebelumnya responden telah diterangkan maksud dan ciri-ciri kepemimpinan transformasi dan juga diminta membaca beberapa bahan bacaan yang berkaitan. Hasilnya responden telah mengkategorikan item-item kepada tiga kk iaitu tingkah laku transformasi, tingkah laku transaksi dan tidak tahu.

Poon (1995) telah menggunakan soal selidik MLQ- Form 5 yang telah diubah suai dari versi asal semasa menjalankan kajiannya terhadap 103 pekerja di syarikat-syarikat yang telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Soal selidik yang dihasilkan oleh Poon (1995) terdiri dari 40 item dan responden diminta menyatakan kekerapan perlakuan pemimpin dengan menggunakan skala tujuh mata bermula dari 1 (tidak pernah) hinggalah ke 7 (selalu). Semasa menjalankan kajian kepemimpinan transformasi di sekolah-sekolah menengah di Kedah dan Pulau Pinang, Khalid (1997) telah menggunakan soal selidik yang dibina oleh Poon (1995) dan menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu. Daripada 40 item dalam Poon (1995), Khalid (1997) telah mengubahsuai dan mengenepikan beberapa item yang tidak berkaitan dengan pengurusan dan kepemimpinan di sekolah.

Hasilnya sebanyak 34 item telah dikenal pasti dan disenaraikan. Untuk kajian ini, soal selidik yang digunakan telah diubah suai daripada Bass (1985), Poon (1995) dan Khalid (1997). Tiada sebarang penambahan dilakukan ke atas 34 item tersebut.Soal selidik kepimpinan transaksi pula juga diperolehi daripada Bass dan Avolio (Bass dan Avolio, 1995). Soal selidik ini mempunyai 12 item. Soal selidik kepimpinan transaksi ini mempunyai 4 subskala iaitu ganjaran (contigent reward),pengurusan melalui pengecualian aktif (management by exception active), pengurusan melalui pengecualian pasif (management by exception passive), dan laissez- fair.Kedua-dua soal selidik kepimpinan transformasi dan kepimpinan transaksi yang berjumlah 46 item tersebut menggunakan skala likert 5 mata seperti di sebelah.Jadual 3.

1 : Skala Likert 5 Mata dan Interprestasi166243017526000Nilai SkorInterprestasi5Kerap4Agak kerap3Kadang-kadang2Sekali-sekala1Tidak pernah16535408890000Sumber : Dipetik dari Jazmi (2009)Senarai item mengikut subskala gaya kepemimpinan transformasi adalah seperti berikut Jadual 3.2 dibawahJadual 3.2 : Senarai Item Bagi Tingkahlaku Kepemimpinan TransformasiFaktor Kepemimpinan Transformasi Senarai Item BilanganKarisma 3,7,11,14,18,22,26 7Bertimbang rasa secara individu 1,4,8,12,15,19,23,27,28,31 10Merangsang intelek 5,9,16,20,24,29,32,34 8Motivasi 2,6,10,13,17,21,25,30,33 9Jumlah 34174371010985500Senarai item mengikut subskala gaya kepemimpinan transaksi adalah seperti berikut Jadual 3.3 dibawah.Jadual 3.3 : Senarai Item Bagi Tingkahlaku Kepemimpinan TransaksiFaktor Kepemimpinan Transaksi Senarai Item BilanganGanjaran Kumpulan 35,36,37 3Pengurusan pengecualian aktif 38,39,40 3Pengurusan pengecualian pasif 41,42 2Laissez Fair 43,44,45,46 4Jumlah 12174371010858500Bahagian C: Gaya Kepemimpinan PengetuaSoal selidik gaya kepuasan kerja guru dalam kajian ini diukur dengan menggunakan soal selidik yang dibentuk oleh Speed (1979).

Sebanyak 12 item telah digunakan untuk mengesan tahap kepuasan kerja guru. Skala yang digunakan juga terdiri daripada skala likert 5 mata (sila rujuk lampiran soal selidik).Kebolehpercayaan InstrumenKebolehpercayaan merupakan ukuran keupayaan sesuatu instrumen penyelidik dalam mengukur pemboleh ubah kajian secara konsisten setiap kali ia digunakan pada masa, tempat dan sampel yang berlainan (Mohd Salleh ; Zaidatu1, 2001). Instrumen yang tekal apabila mengukur sesuatu pemboleh ubah dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi (Gay, 1996).

Untuk menguji kebolehpercayaan instrumen-instrumen yang digunakan, satu kajian rintis telah dijalankan ke atas 30 orang responden. Sampel kajian rintis telah dilakukan di SMK Kompleks Seberang Takir, Kuala Terengganu. Dapatan kajian rintis menunjukkan instrumen latar belakang responden mempunyai nilai alpha kepemimpinan mempunyai nilai alpha 0.97 dan instrumen kepuasan kerja guru mempunyai nilai alpha 0.76.

Nilai-nilai alpha 0.97 dan 0.76 adalah telah melepasi tahap kebolehcayaan yamg boleh diterima kerana Fraenkel dan Wallen (1996) meletakkan nilai reliability item yang boleh diterima pada tahap ? = 0.70 – 0.99. Tafsiran nilai cronbach’s alpha ( ? ) menurut Pophan (1990) pula adalah seperti Jadual 3.3 di bawah.

Jadual 3.4 : Tafsiran Kebolehcayaan Item Instrumen Berdasar Nilai Cronbach’s Alpha133159517526000Nilai Cronbach’s Alpha ( ? )Interprestasi1332230125095000.00 hingga + 1.00Sangat Rendah60 hingga .70Rendah70 hingga .80Sederhana80 hingga .

90Sederhana Tinggi.90 hingga .95Tinggi.95 hingga + 1.00Sangat Tinggi/ujian diterima secara tekalSumber : Arsaythamby Veloo (2012), Kaedah Analisis & Interprestasi Data, ms,86.Instrumen Gaya Kepemimpinan PengetuaInstrumen ini terdiri daripada instrumen kepimpinan transformasi dan kepimpinan transaksi.

Instrumen kepimpinan transformasi ini telah diubah suai oleh Poon (1995) dan Khalid (1997). Daripada 40 item dalam Poon (1995) dan Khalid (1997) telah mengubah suai soal selidik ini agar ia lebih berkaitan dengan kepimpinan di sekolah dan menjadikannya 34 item berdasarkan empat subskala iaitu karisma, merangsang intelek, bertimbang rasa secara individu dan motivasi. Kebolehpercayaan item-item instrumen kepemimpinan transformasi dalam soal selidik Poon (1995) ialah 0.93, kajian yang dijalankan Khalid (1997) mendapati koefisien kebolehpercayaan Alpha soal selidik ini adalah tinggi iaitu 0.95. Abdul Ghani Kanesan (1997) yang telah menggunakan soal selidik ini dalam kajiannya menunjukkan nilai kebolehpercayaannya ialah 0.85.

Bagi kebolehpercayaan item-item kepemimpinan transaksi pengkaji setakat ini tidak dapat menemui data yang berkaitan. Walaubagaimanapun Bass dan Avolio (1995) dipetik dalam Felfe (2002) telah mengkaji kebolehpercayaan instrumen Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) iaitu gabungan instrumen kepemimpinan transformasi dan kepemimpinan transaksi dan kebolehpercayaan item-item tersebut di antara 0.74 hingga 0.94.

Hasilnya, didapati kebolehpercayaan instrumen yang digunakan ini adalah tinggi melebihi 0.60. Biasanya indek kebolehpercayaan yang melebihi 0.60 boleh dianggap mencukupi (Nunnally, 1967; Mohd Majid, 1998).Instrumen Kepuasan Kerja GuruKepuasan kerja dalam kajian ini diukur dengan menggunakan soal selidik yang dibentuk oleh Speed (1979). Khalid (1997) dalam kajian Jazmi (2009) menyatakan bahawa kebolehpercayaan Minnesota Satisfaction Questionnaire yang digunakan berada pada nilai Alpha 0.93. Manakala Abdul Ghani Kanesan (1997) dalam kajiannya yang menggunakan instrumen yang sama mendapati bahawa nilai Alpha 0.

91. Noraini Puteh (2006) dalam kajiannya memperolehi nilai Alpha 0.91.Prosedur Pengumpulan DataData-data dalam penyelidikan ini dikumpul dengan mengemukakan tiga set soalan selidik untuk dijawab oleh guru-guru.

Soal selidik tersebut ialah soal selidik demografi guru, soal selidik kepimpinan transformasi dan kepimpinan transaksi dan soal selidik kepuasan kerja guru. Soal selidik telah dihantar sendiri oleh penyelidik kepada guru-guru di sekolah. Guru akan diberi penjelasan tentang cara pengendalian soal selidik. Satu surat iringan disertakan untuk meyakinkan responden tentang kerahsiaan jawapan mereka. Penyelidik akan mengambil kembali soal selidik tersebut daripada para guru dalam tempoh satu minggu. Jika masih belum disiapkan, penyelidik akan meminta jasa baik mereka untuk menyiapkannya dalam tempoh seminggu.Pengukuran Tahap Gaya Kepemimpinan Guru Besar dan Kepuasan Kerja GuruUntuk mengukur tahap tingkah laku kepimpinan transformasi pengetua, tingkah laku kepimpinan dibahagikan kepada tiga tahap iaitu, rendah, sederhana dan tinggi.

Julat bagi setiap tahap itu ditentukan dengan mencari beza antara skor tertinggi dan terendah bagi skala Likert yang digunakan. Nilai itu kemudian dibahagi tiga bahagian iaitu sama dengan 1.33 (5-1=4/3=1.33). Tahap tingkah laku kepimpinan transformasi dan faktor- faktornya akan dinilai berdasarkan nilai min.

Cara Analisis DataData-data dan maklumat yang diperolehi dari soal selidik yang dijawab oleh guru-guru dan diproses dengan menggunakan pengaturcaraan Statistical Package For the Social Sciences (SPSS) 23.0 Windows. Analisis data melibatkan penggunaan statistik Deskriptif dan inferensi . Aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05 (p < 0.05). Aras signifikan ini secara umumnya diterima dalam membuat keputusan statistik oleh kebanyakan pengkaji (Sekaran, 1992).Statistik DeskriptifStatistik deskriptif digunakan dalam kajian ini kerana data yang dihasilkan dapat dianggap sebagai ringkasan daripada keseluruhan set data. Ia juga dapat memberi maklumat secara langsung dan mudah (Walsh, 2008). Ujian ini untuk menjelaskan pandangan responden terhadap taburan tingkah laku kepimpinan transformasi pengetua, taburan tingkah laku kepimpinan transaksi dan tahap kepuasan kerja guru berdasarkan peratusan, kekerapan, min dan peratusan.Statistik InferensiStatistik inferensi yang digunakan di dalam kajian ini ialah korelasi Pearson (The Pearsons Correlation Matrix) dan Ujian-t berpasangan digunakan untuk menginterprestasi data. Kaedah statistik ini akan menguji semua objektif kajian yang telah digunakan Ujian-t berpasangan juga akan digunakan ke atas objektif-objektif yang melibatkan perbezaan antara skor purata dua. Korelasi Pearson digunakan untuk menguji objektif-objektif yang akan menjelaskan sama ada terdapatnya hubungan antara pembolehubah- pembolehubah kajian. Hubungan subskala-subskala gaya pemimpinan transformasi dan transaksi guru besar dengan kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong.RumusanSebagai rumusan dapat dikatakan bahawa bab ini telah menjelaskan tentang instrumen dan kaedah pungutan data serta analisis data yang telah digunakan di dalam kajian ini. Bab ini membuktikan bahawa instrumen-instrumen yang digunakan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi berdasarkan kajian rintis yang dilakukan oleh penyelidik sendiri dan kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh penyelidik sebelumnya.BAB 4 DAPATAN KAJIANPendahuluanData yang telah diperolehi daripada maklum balas responden menerusi soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Science Social version 23.0. (SPSS). Bab ini membincangkan secara lebih terperinci tentang keputusan hasil daripada analisis yang telah dijalankan. Perbincangan dalam bab ini adalah untuk memahami atau mencari jawapan kepada lima persoalan utama kajian iaitu:Persoalan pertama membincangkan yang mana satukah gaya kepemimpinan yang dominan yang diamalkan oleh pengetua sama ada gaya kepimpinan transformasi atau gaya kepimpinan transaksi.Persoalan kedua adalah untuk mengenalpasti adakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan transformasi pengetua dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah swasta.Persoalan ketiga adalah untuk mengenalpasti adakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan transaksi pengetua dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah swasta.Persoalan keempat adalah untuk mengenalpasti hubungan dimensi gaya kepimpinan transformasi manakah paling kuat memberi kesan kepada kepuasan kerja guru.Persoalan kelima adalah untuk mengenalpasti hubungan dimensi gaya kepimpinan transaksi manakah paling kuat memberi kesan kepada kepuasan kerja guru.Analisis Profil RespondenSampel KajianJadual 4.1 : Saiz Sampel Mengikut Sekolah Sekolah Saiz Sampel PopulasiSMSPF 141 1416412614239200 Sumber : PPD Melaka Tengah (2018)Sampel kajian ini terdiri dari 1 buah sekolah menengah Swasta di Negeri Melaka. Taburan persampelan guru untuk kajian ini ditunjukkan dalam Jadual 4.1 di atas.Analisis Bilangan Soal Selidik Kajian Yang Diedar Dan DikembalikanJadual 4.2 : Bilangan Soal Selidik Kajian Yang Diedar Dan Dikembalikan139827020955Sekolah Soal SelidikDiedar Jumlah Dikembalikan Peratus Dikembalikan(%) SoalDigunaSMSPF 141 141 100 141Jumlah 141 141 100 14100Sekolah Soal SelidikDiedar Jumlah Dikembalikan Peratus Dikembalikan(%) SoalDigunaSMSPF 141 141 100 141Jumlah 141 141 100 141Selidik139319020066000Kajian ini terdiri dari 1 buah sekolah menengah swasta di Negeri Melaka. Sebanyak 141 set soal selidik telah diedarkan untuk diisi oleh guru-guru di sekolah tersebut. Profil RespondenKeseluruhannya seramai 141 orang responden yang terdiri daripada guru-guru sekolah menengah swasta Pay Fong di Negeri Melaka. Sampel ini terdiri daripada satu sekolah menengah swasta harian yang terdapat di Negeri Melaka dengan bertujuan. Maklumat demografi responden kajian ini meliputi bangsa, jantina, umur, status perkahwinan, kelayakan akademik, pengalaman mengajar.Taburan Responden Berdasarkan JantinaJadual 4.3: Taburan Responden Berdasarkan Jantina140208017526000Jantina Bilangan PeratusLelaki 48 34.0Perempuan 93 66.0Jumlah 141 100.0Dari Jadual 4.3 di atas menunjukkan seramai 48 orang lelaki atau 34 peratus daripadaresponden kajian terdiri dari guru lelaki manakala seramai 93 orang atau 66 peratus merupakan guru perempuan.Taburan Responden Berdasarkan UmurJadual 4.4 : Taburan Responden Berdasarkan Umur140208017589500Umur Bilangan Peratus20 – 30 tahun 36 25.531 – 40 tahun 43 30.541 – 50 tahun 38 27.051 – 60 tahun 24 17.0Jumlah 141 100.0139319017018000Dari Jadual 4.4 di atas didapati seramai 36 orang atau 25.5 peratus merupakan guru yang berada dalam lingkungan umur 21 – 30 tahun. Seramai 43 orang atau 30.5 peratus pula merupakan guru yang berada dalam lingkungan umur 31 – 40 tahun. Sebanyak 27.0 peratus atau sejumlah 38 orang guru berumur antara 41 -50 tahun. Bilangan umur 51 – 60 tahun ke atas merupakan guru yang paling sedikit terlibat dalam kajian ini iaitu seramai 24 orang atau 17.0 peratus.Taburan Responden Berdasarkan Status PerkahwinanJadual 4.5 : Taburan Responden Berdasarkan Status PerkahwinanUmur Bilangan PeratusBujang 50 35.5Kahwin 91 64.5Jumlah 141 100.0139319017208500Jadual 4.5 di atas menunjukkan seramai 50 responden atau 35.5 peratus merupakan responden yang masih bujang. Selebihnya seramai 91 orang yang mewakili 64.5 peratus ialah yang telah berkahwin.Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman MengajarJadual 4.6: Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman Mengajar140208017526000Pengalaman Mengajar Bilangan PeratusKurang 2 tahun 16 11.32 – 5 tahun 36 25.56 – 10 tahun 53 37.610 tahun ke atas 36 25.5Jumlah 141 100.0Dari Jadual 4.6 menunjukkan seranai 141 responden kajian ini seramai 16 responden yang mewakili 11.3 peratus mempunyai pengalaman mengajar antara kurang daripada 2 tahun. Seramai 36 orang yang mewakili 25.5 peratus mempunyai pengalaman mengajar antara 2 hingga 5 tahun. Seramai 53 responden yang mewakili 37.6 peratus mempunyai pengalaman antara 6 hingga 10 tahun. Seramai 36 responden merupakan bilangan paling ramai yang mewakili 25.5 peratus mempunyai pengalaman mengajar 10 tahun ke atas.Taburan Responden Berdasarkan Etnik (Bangsa)Jadual 4.7 : Taburan Responden Berdasarkan Status Perkahwinan157734017589500Bangsa Bilangan PeratusMelayu 14 9.9Cina 120 85.1India 7 5.0Lain-lain 0 0Jumlah 141 100.0156845017018000Jadual 4.7 di atas menunjukkan seramai 141 responden atau 9.9 peratus merupakan responden yang berbangsa Melayu. Seramai 120 orang yang mewakili 85.1 peratus ialah yang berbangsa Cina. Bagi bangsa India pula ialah 7 responden yang mewakili 5.0 pertatus.Taburan Responden Berdasarkan Kelayakan AkademikJadual 4.8: Taburan Responden Berdasarkan Kelayakan Akademik140208017589500Kelayakan Akademik Bilangan Peratus Sijil / Diploma 65 46.1 Ijazah Sarjana Muda 76 53.9 Jumlah 141 100.0 Seramai 65 responden yang mewakili 46.1 peratus berkelulusan Sijil atau Diploma. Manakala 76 orang yang merupakan responden paling ramai atau mewakili 53.9 peratus berkelulusan Ijazah Sarjana Muda. 4.2 Analisis Kebolehpercayaan Soal SelidikUjian koefisyen kebolehpercayaan telah dijalankan terhadap soal selidik yang digunakan dalam kajian ini satu kajian rintis telah dilaksanakan. Satu set borang soal selidik telah di edarkan untuk diisi oleh responden yang terdiri daripada guru-guru Sekolah Menengah Pay Fong. Setiap set borang soal selidik tersebut terdiri daripada 3 bahagian iaitu Bahagian A berkenaan latar belakang responden, Bahagian B berkaitan gaya kepimpinan.pengetua dan Bahagian C gaya berkenaan kepuasan kerja guru. Seramai 30 orang responden (n=30) dari SMK Kompleks Seberang Takir, Kuala Terengganu telah dipilih sebagai sampel. Ketekalan dan kebolehpercayaan dalaman instrumen kajian diuji dengan menggunakan Cronbach’s Alpha. Keputusannya dapat dilihat seperti Jadual-Jadual dibawah.Jadual 4.9 : Kebolehpercayaan Instrumen Gaya Kepemimpinan transformasi Dan Gaya Kepemimpinan transaksi Ke atas Gerak Balas Responden (n=30)183959517208500Gayakepemimpinan BilanganItem Nilai AlphaTransformasi 34 0.97Transaksi 12 0.76Jumlah Item 46 183007016891000Daripada Jadual 4.9 menunjukkan Instrumen kepemimpinan transformasi pengetua yang mengandungi 34 item telah mencatatkan nilai Alpha sebanyak .97. Manakala instrumen kepemimpinan transaksi yang mengandungi 12 item telah mencatatkan Alpha .76. Ini menunjukkan tahap kebolehpercayaan instrumen kepemimpinan transformasi adalah lebih tinggi daripada tahap kebolehpercayaan instrumen kepemimpinan transaksi. Fraenkel dan Wallen (1996) meletakkan nilai reliability item yang boleh diterima pada tahap ? = 0.70 – 0.99.Jadual 4.10 : Kebolehpercayaan Instrumen Subskala Gaya Kepemimpinan transformasi Ke atas Gerak Balas Responden (n=30)Gaya kepemimpinan Transformasi Bilangan Item Nilai AlphaKarisma 7 0.97Timbang Rasa 10 0.97Intelek 8 0.96Inspirasi motivasi 9 0.95Jumlah 34 Daripada Jadual 4.10 menunjukan instrumen kepemimpinan transformasi pengetua yang mengandungi 4 subskala (dimensi) iaitu Karisma, Timbang Rasa, Intelek dan Inspirasi motivasi . Keputusan untuk subskala gaya kepemimpinan transformasi untuk dimensi Karisma yang mengandungi 7 item mencatatkan Alpha .97. Dimensi bertimbang rasa yang mengandungi 10 item mencatatkan nilai Alpha .97. Dimensi merangsang Intelek yang mengandungi 8 item mencatatkan nilai Alpha .96. Dimensi Inspirasi motivasi yang mengandungi 9 item telah mencatatkan nilai Alpha .95. Instrumen Gaya kepemimpinan transformasi ini mempunyai nilai alpha antara .95 hingga .97 menunjukkan ialahnya mempunyai tahap kebolehpercayaan yang sangat tinggi dan item-item ujian ini boleh diterima secara tekal menurut Popham (1990). Keputusannya dapat dilihat dalam Jadualdi atas.Jadual 4.11 Kebolehpercayaan Instrumen Subskala Gaya Kepemimpinan transaksi Ke atas Gerak Balas Responden (n=30)157734014922500Gaya kepemimpinanBilangan ItemNilai Alpha TransformasiGanjaran 3 0.86Pengecualian Aktif 3 0.73Pengecualian Pasif 2 0.85Laissez Faire 4 0.80Jumlah 12 Instrumen kepemimpinan transaksi pengetua yang mengandungi 12 item telah mencatatkan nilai Alpha .76. Keputusan untuk subskala gaya kepemimpinan transaksi untuk dimensi ganjaran yang mengandungi 3 item mencatatkan Alpha .86. Dimensi pengurusan melalui pengecualian aktif yang mengandungi 3 item telah mencatatkan Alpha .73. Dimensi pengurusan melalui pengecualian pasif yang mengandungi 2 item mencatatkan Alpha .85. Dimensi Laissez Faire yang mengandungi 4 item mencatat Alpha iaitu .80. Instrumen Gaya kepemimpinan transaksi ini mempunyai nilai Alpha antara .73 hingga .86 adalah nilai kebolehpercayaan yang boleh diterima menurut Fraenkel dan Wallen (1996). Keputusannya Keputusannya dapat dilihat dalam Jadualdi atas.Jadual 4.12: Kebolehpercayaan Instrumen Kepuasan Kerja Guru Ke Atas Gerak Balas Responden (n=30)157734017843500InstrumenBilangan ItemNilai Alpha156845030162500Kepuasan kerja Guru120.73Sementara itu, berdasarkan Jadual 4.12 di atas instrumen kepuasan kerja guru yang terdiri dari 12 item mencatatkan nilai Alpha sebanyak .73.Kesimpulannya,Jadual4.10,4.11dan4.12diatasmenunjukkankoefisien kebolehpercayaan Alpha untuk ketiga-tiga alat instrumen penyelidikan iaitu gayakepimpinan transformasi, gaya kepimpinan transaksi dan kepuasan kerja guru. Didapati koefisien kebolehpercayaan Alpha untuk semua instrumen adalah berkisar antara .73 hingga .97 dan ini menunujukkan kesemua instrumen ini boleh diterima pakai menurut Fraenkel dan Wallen (1996) kerana beliau meletakkan nilai reliability item yang boleh diterima adalah pada nilai Alpha .70 hingga .99.Mengenalpasti Gaya Kepimpinan Dominan Yang Diamalkan Oleh Pengetua Persoalan pertama kajian ialah apakah gaya kepimpinan yang dominan diamalkan oleh pengetua. Perbezaan tahap amalan gaya kepemimpinan tersebut ditunjukkan pada Jadual 4.13 di bawah.Jadual 4.13: Keputusan Ujian-t Berpasangan antara Gaya Kepemimpinan Transformasi dengan gaya kepemimpinan Transaksi di Sekolah Menengah (N=141)Gaya Kepemimpinan Skor Min Sisihan Piawai t df Sig. (2 ekor)Transformasi 3.87 0.481 159.823 140 0.00**Transaksi 3.64 0.482 144.987 140 0.00140208014732000**Tahap signifikan adalah pada aras p; 0.05 (ujian 2 ekor)Jadual 4.13 di menunjukan keputusan ujian-t berpasangan adalah signifikan t(140) = 159.823, p = .00). Ini menunjukkan terdapat perbezaan amalan gaya kepimpinan transformasi dan transaksi pengetua di sekolah menengah swasta pay fong. Skor min gaya kepemimpinan transformasi ialah 3.87 dan skor gaya kepemimpinan transaksi ialah 3.64. Ini menunjukkan bahawa pengamalan gaya kepimpinan transformasi adalah lebih dominan diamalkan oleh pengetua di sekolah menengah swasta pay fong.Kesimpulan ini menunjukkan bahawa gaya kepimpinan transformasi adalah lebih dominan diamalkan oleh pengetua di sekolah menengah swasta pay fong.Mengenalpasti Tahap Kepuasan Guru Di Sekolah Menengah swasta Pay FongPersoalan kedua kajian pula ialah untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong. Dapatan hasil kajian bagi soal selidik yang diedarkan adalah untuk dianalisiskan bagi menentukan tahap min untuk menentukan tahap kepuasan kerja guru-guru di sekolah menengah swasta pay fong. Tahap min bagi data yang menggunakan 5 skala telah digolongkan kepada tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Menurut Landell (1997), tahap kecenderungan keputusan responden sama ada rendah, sederhana dan tinggi adalah berdasarkan kepada jadual 14.14 (a) di bawah :Jadual 14.14(a): Tahap Kecenderungan Skor Min Bagi Data 5 SkalaKumpulan Julat Skor Min Tahap KepuasanTidak Puashati 1.00 – 2.39 RendahMemuaskan Hati 2.40 – 3.79 SederhanaBerpuashati 3.80 – 5.00 TinggiDapatan kajian dapat ditunjukkan pada Jadual 4.14 (b) di bawah.Jadual 4.14(b) : Keputusan Analisis Skor Min Tahap Kepuasan Kerja Guru133477017716500PembolehubahNMinspTahap Kepuasan Kerja Guru1413.62.65Skor min 3.62 yang didapati daripada jadual 14.14 (b) di atas telah menunjukkan bahawa tahap kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong adalah pada tahap yang sederhana.Kesimpulan daripada keputusan ini menunjukkan sebahagian besar guru-guru di sekolah menengah Swasta Pay Fong berada pada tahap kepuasan kerja yang sederhana.Hubungan Antara Gaya Kepemimpinan pengetua dengan Kepuasan Kerja Guru Perkara-perkara yang akan melihat dalam bahagian ini ialah hubungan gaya kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Pay Fong, hubungan gaya kepimpinan transformasi dengan kepuasan kerja guru Sekolah Menengah Pay Fong, hubungan gaya kepimpinan transaksi dengan kepuasan kerja guru di guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong, hubungan subskala gaya kepimpinan transformasi dan transaksi dengan kepuasan kerja guru di guru di sekolah menengah Swasta Pay Fong.Analisis untuk mendapat jawapan mengunakan ujian korelasi. Data yang digunakan ialah data semua guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong (N=141). Rule OF Thumb adalah peraturan yang biasa digunakan dan dipersetujui oleh ramai penyelidik untuk menyatakan hubungan dua hala pembolehubah seperti yang telah diinterpretasikan oleh Hinkle, Werisma dan Jurs (1998) dan tunjukkan pada Jadual 4.15 di bawah.Jadual 4.15: Interpretasi Mengikut Nilai Kolerasi (Hinkle, Werisma dan Jurs (1989)133477017208500Nilai KorelasiKekuatan Hubungan133477023495000±.90 hingga 1.00Terlalu Tinggi±.70 hingga .90Tinggi±..50 hingga .70Sederhana±.30 hingga .50Rendah±.01 hingga .30Lemah0Tiada HubunganSumber : Arsaythamby Veloo (2012), Kaedah Analisis ; Interprestasi Data, ms,86.Persoalan ketiga ialah untuk mengenalpasti bahawa adakah hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja guru Sekolah Menengah Swasta Pay Fong.Jadual 4.16 : Keputusan korelasi Antara Gaya Kepemimpinan Dengan Kepuasan Kerja Guru (N=150)140208018796000PembolehubahGaya KepemimpinanKepuasan Kerja Guru140208013017500Gaya Kepemimpinan1.71**Kepuasan Kerja Guru1140208022923500Sig ( 2 ekor).00**Tahap signifikan adalah pada aras p; 0.01 (ujian 2 ekor)Jadual 4.16 di atas menunjukkan keputusan Korelasi Pearson tentang hubungan gaya kepimpinan adalah signifikan (r = .71, p = .00) dengan kepuasan kerja guru Sekolah Menengah Swasta Pay Fong. Keputusan ujian korelasi ini menunjukan hubungan tersebut yang tinggi dan kuat. Hubungan positif ini menunjukkan semakin kerap kepada pengetua yang mengamalkan gaya kepimpinan mereka, maka tingkat kepuasan kerja guru semakin meningkat. Ini menunjukkan bahawa gaya kepimpinan pengetua memberi kesan ke atas peningkatan kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong.Hubungan Antara Gaya Kepemimpinan Transformasi Dengan Kepuasan Kerja GuruPersoalan keempat ialah untuk mengenalpasti adakah hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan transformasi pengetua dengan kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong. Untuk menjawab persoalan ini, kita rujuk kepada Jadual 4.17 di bawah.Jadual 4.17: Keputusan Ujian Korelasi Antara Gaya Kepemimpinan Transformasi Dengan Kepuasan Kerja Guru (N = 141)140208017081500TransformasiKepuasan140208017399000Transformasi1.70**Kepuasan1Sig (2 ekor).00140208017526000**Tahap signifikan adalah pada aras p; 0.01 (2 ekor)Jadual 4.17 di atas menunjukkan Korelasi Pearson antara gaya kepimpinan transformasi pengetua dengan kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Senengah Swasta Pay Fong. Keputusan Korelasi Pearson (r = .70, p = .00) menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif dan signifikan antara gaya kepimpinan transformasi dengan kepuasan kerja guru. Nilai Korelasi Pearson r = .70 menunjukan tahap hubungan antara kedua pemboleh ubah tersebut adalah tinggi (rujuk Jadual 4.15).Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Transaksi Dengan Kepuasan Kerja GuruPersoalan kelima adalah untuk mengenalpasti adakah hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan transformasi pengetua dengan kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong. Untuk menjawab persoalan ini, kita rujuk kepada Jadual 4.18 di bawah.Jadual 4.18: Keputusan Ujian Korelasi Antara Gaya Kepemimpinan Transaksi Kepuasan Kerja Guru (N=150)140208017208500TraksaksiKepuasan140208017145000Transaksi1.51**Kepuasan1Sig ( 2 ekor).00140208017462500**Tahap signifikan adalah pada aras p ; 0.01 (2 ekor)Jadual 4.18 di atas menunjukkan Korelasi Perason antara gaya kepimpinan transaksi pengetua dengan kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong. Keputusan Korelasi Pearson (r = .51, p = .00) menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara gaya kepinpinan transaksi dengan kepuasan kerja guru. Nilai korelasi r = .51 menunjukan tahap hubungan kedua-dua pembolehubah ini adalah sederhana (rujuk Jadual 4.15).Kesimpulannya menunjukkan kedua-dua gaya kepimpinan pengetua iaitu kepeimpinan transformasi dan kepeimpinan transaksi mempunyai hubungan atau kaitan dengan kepuasan kerja guru. Walau bagaimanapun kepimpinan transformasi (r = 70) lebih tinggi hubungannya berbanding gaya kepimpinan transaksi (r = 51).Hubungan Antara Subskala (Dimensi) Gaya Kepemimpinan Transfomasi Pengetua Dengan Kepuasan Kerja GuruPersoalan kelima adalah untuk mengenalpasti adakah hubungan yang signifikan antara subskala gaya kepimpinan transformasi dengan kepuasan kerja guru-guru Sekolah Menengah Swasta Pay Fong. Untuk menjawab persoalan kelima kita rujuk kepada Jadual 4.19 di bawah.Jadual 4.19 : Hubungan Antara Subskala (Dimensi) Gaya Kepemimpinan Transformasi Pengetua Dengan Kepuasan Kerja Guru (N=141)133477017145000KepuasanSig (2 ekor)133477017399000Karisma.66**.00Intelek.62**.00Timbang Rasa.67**.00Motivasi Inspirasi .69** .00** Tahap signifikan adalah pada aras p; 0.01 (2 ekor)Dalam Jadual 4.19 menunjukkan hubungan subskala-subskala gaya kepimpinan transformasi dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong. Hasil analisis mendapati keempat-empat subskala kepimpinan transformasi mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja guru. Hubungan subskala Karisma (r = .66, p = 00) adalah signifikan dengan kepuasan kerja guru. Hubungan subskala pada Intelek (r = .62, p =.00) adalah signifikan dengan kepuasan kerja guru. Hubungan subskala Timbang Rasa (r = .67, p = .00) adalah signifikan dengan kepuasan kerja guru. Hubungan subskala Motivasi Inspirasi (r = .69, p = .00) juga adalah signifikan dan positif dengan kepuasan kerja guru.Secara keseluruhannnya, saiz pekali Kolerasi Pearson yang diperolehi antara .62 hingga.69 menunjukkan semua hubungan antara subskala kepimpinan transformasi dengan kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong adalah signifikan dan mempunyai hubungan yang positif dan pada tahap sederhana. Subskala yang mempunyai hubungan yang paling kuat adalah subskala motivasi (r = .69), manakala subskala yang paling lemah adalah subskala Intelek (r =.62).Hubungan Antara Subskala (Dimensi) Gaya Kepimpinan transaksi Pengetua Dengan Kepuasan Kerja GuruPersoalan keenam ialah untuk mengenalpasti adakah hubungan yang signifikan antara subskala gaya kepimpinan transaksi dengan kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Pay Fong. Bagi menjawab persoalan keenam pula rujuk kepada Jadual 4.20 di bawah.Jadual 4.20 : Hubungan Antara Subskala (Dimensi) Gaya Kepimpinantransaksi Pengetua Dengan Kepuasan Kerja Guru Kepuasan Sig (2 ekor)Ganjaran Kumpulan .62** .00Pengecualian Aktif .52** .00Pengecualian Pasif .28** .00Laissez Faire -.10 .21156845014732000** Tahap signifikan adalah pada aras p; 0.01 (2- ekor)Dari Jadual 4.20 menunjukkan hubungan subskala-subskala gaya kepimpinan transaksi dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong. Hasil analisis mendapati tiga daripada empat subskala kepimpinan transaksi mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja guru. Subskala yang mempunyai hubungan yang signifikan adalah Ganjaran ( r = 62, p = .00), Pengurusan Melalui Pengecualian Aktif (r= 51, p = .00) dan Pengurusan Melalui Pengecualian Pasif (r = .28, p = . 00). Manakala subskala Laissez Faire ( r = -.10, p = . 21) adalah tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja guru.Secara keseluruhannnya, Subskala ganjaran kumpulan (r = .62) mempunyai hubungan yang positif dan pada tahap sederhana dengan kepuasan kerja guru. Subskala pengurusan melalui pengecualian aktif (r = .51) juga mempunyai hubungan yang positif dan pada tahap sederhana dengan kepuasan kerja guru. Subskala pengurusan melalui pengecualian pasif (r = .28) juga mempunyai hubungan yang positif tetapi pada tahap lemah. Manakala subskala laissez faire pula yang mempunyai hubungan yang negatif (r= -.10) pada tahap yang lemah. Ini kerana kebanyakan guru tidak suka kepada amalan gaya kepemimpinanan laissez faire kerana kepemimpinan jenis ini boleh menyebabkan guru-guru dan kakitangan tidak mendapat panduan yang jelas untuk melaksanakan kerja mereka, disiplin sekolah akan merosot dan pengurusan sekolah menjadi tidak bersistematik dan akan menyebabkan guru-guru terbeban dengan pelbagai masalah dalam melaksanakan tugas mereka di sekolah.Daripada kedua-dua Jadual 4.19 dan Jadual 4.20 dapat dirumuskan kepuasan kerja guru. mempunyai hubungan yang lebih tinggi (kuat) dengan subskala-subskala daripada gaya kepeminpinan transformasi berbanding subskala-subskala gaya kepimpinan transaksiPengujian Hipotesis Kajian4.10.1 Pengujian Hipotesis 1Ho1: Tidak terdapat gaya kepemimpinan pengetua yang dominan di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong.Keputusan Ujian-t berpasangan dari Jadual 4.13 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik t(140) = 2.10, p= .00). Ini menunjukan terdapat perbezaan amalan gaya kepeminpinan yang diamalkan di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong. Oleh itu kajian ini berjaya menolak hipotesis nul (Ho1) Ini bermaksud terdapat gaya kepimpinan yang dominan yang diamalkan oleh pengetua Sekolah Menengah Swasta Pay Fong.Oleh kerana skor min gaya kepimpinan transformasi bernilai 3.87 adalah lebih tinggi daripada skor min gaya kepimpinan transaksi yang bernilai 3.64. keputusan ini menunjukkan bahawa gaya kepimpinan transformasi adalah lebih dominan diamalkan pengetua Sekolah Menengah Swasta Pay Fong berbanding dengan kepimpinan transaksi.Pengujian Hipotesis 2Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepemimpinan transformasi diamalkan oleh pengetua dengan kepuasan kerja guru.Keputusan ujian Korelasi Pearson dalam Jadual 4.17 menunjukkan gaya transformasi pengetua mempunyai hubungan yang signifikan (r = .70, p = .00) dengan kepuasan kerja guru. Oleh itu kajian ini berjaya menolak Ho2. Ini bermaksud terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan tranformasi yang diamalkan oleh pengetua dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong.Hubungan positif ini menunjukkan semakin tinggi amalan gaya kepimpinan transfomasi oleh pengetua menyebabkan semakin tinggi tahap kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong. Hubungan antara amalan gaya kepinpinan transformasi dengan kepuasan kerja guru adalah pada tahap tinggi (r = .70) (rujuk Jadual 4.15). Amalan gaya kepimpinan transformasi oleh pengetua memberi kesan sebanyak 49 peratus ke atas kepuasan kerja guru-guru si Sekolah Menengah Swasta Pay Fong.Pengujian Hipotesis 3Ho3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan transaksi diamalkan oleh pengetua dengan kepuasan kerja guru.Keputusan ujian Korelasi Pearson dalam Jadual 4.18 menunjukkan gaya transaksi pengetua yang mempunyai hubungan yang signifikan (r = .51, p = .00) dengan kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong. Oleh itu kajian ini berjaya menolak Ho3. Ini bermaksud terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan transaksi yang diamalkan oleh pengetua dengan kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong.Hubungan positif ini menunjukkan semakin tinggi amalan gaya kepimpinan transaksi oleh pengetua menyebabkan semakin tinggi tahap kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong. Hubungan antara amalan gaya kepinpinan transaksi dengan kepuasan kerja guru adalah sederhana (r = .51) berdasarkan Jadual 4.15. Amalan gaya kepimpinan transaksi oleh pengetua memberi kesan hanya sebanyak 26 peratus ke atas kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong.Pengujian Hipotesis 4Ho4:Tidakterdapathubunganyangsignifikanbagisubskala-subskalagaya kepimpinan Transfomasi dengan kepuasan kerja guru.Untuk menguji hipotesis ini kita hendaklah membuat interpretasi ke atas setiap hubungan subskala-subskala gaya kepimpinan transformasi dengan kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong.Hubungan Subskala Karisma Dengan Kepuasan Kerja GuruKeputusan Ujian Korelasi Pearson dalam Jadual 4.19 menunjukkan subskala gaya kepimpinan karisma mempunyai hubungan yang signifikan (r = .68, p = .00) dengan kepuasan kerja guru. Oleh itu kajian ini berjaya menolak Ho4. Ini bermaksud terdapat hubungan yang signifikan antara subskala karisma dalam gaya kepimpinan transformasi yang diamalkan oleh pengetua dengan kepuasan kerja guru.Hubungan positif ini menunjukkan semakin kerap diamalkan gaya kepimpinan karisma oleh pengetua semakin tinggi tahap kepuasan kerja guru dan sebaliknya.Hubungan antara amalan gaya kepimpinan karisma adalah sederhana (r = .68). Ini menunjukkan amalan gaya kepimpinan karisma oleh pengetua dapat memberi kesan kepuasan kerja guru sebanyak 46 %.Hubungan Antara Subskala Intelek Dengan Kepuasan Kerja GuruKeputusan Ujian Korelasi Pearson dalam Jadual 4.19 menunjukkan subskala gaya kepimpinan intelek mempunyai hubungan yang signifikan (r = .62, p = .00) dengan kepuasan kerja guru. Oleh itu kajian ini berjaya menolak Ho4. Ini bermaksud terdapat hubungan yang signifikan antara subskala intelek dalam yang diamalkan oleh pengetua dengan kepuasan kerja guru.Hubungan positif ini menunjukkan semakin kerap diamalkan gaya kepimpinan intelek oleh pengetua semakin tinggi tahap kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong dan sebaliknya. Hubungan antara subskala intelek adalah sederhana (r = .62) dengan kepuasan kerja guru ( rujuk Jadual 4.15). Ini menunjukkan amalan gaya kepimpinan subskala intelek oleh pengetua dapat meningkatkan tahap kepuasan kerja guru sebanyak 37 %.Hubungan Antara Subskala Timbang Rasa Dengan Kepuasan Kerja Guru Keputusan Ujian Korelasi Pearson dalam Jadual 4.19 menunjukkan gaya kepimpinan timbang rasa mempunyai hubungan yang signifikan (r = .66, p = .01) dengan kepuasan kerja guru. Oleh itu kajian ini berjaya menolak Ho4. Ini bermaksud terdapat hubungan yang signifikan antara subskala timbang rasa dalam gaya kepemimpinan transformasi diamalkan oleh pengetua dengan kepuasan kerja guru.Hubungan positif ini menunjukkan semakin kerap diamalkan gaya kepimpinan timbang rasa oleh pengetua semakin tinggi tahap kepuasan kerja guru dan sebaliknya. Hubungan antara subskala timbang rasa adalah sederhana (r = .66) dengan kepuasan kerja guru (rujuk Jadul 4.15) Amalan subskala timbang rasa menerangkan tahap kepuasan kerja guru sebanyak 45 %.Hubungan Antara Subskala Motivasi Dengan Kepuasan Kerja GuruKeputusan Ujian Korelasi Pearson dalam Jadual 4.18 menunjukkan gaya kepimpinan motivasi mempunyai hubungan yang signifikan (r = .69, p ; .01) dengan kepuasan kerja guru. Oleh itu kajian ini berjaya menolak Ho 4. Ini bermaksud terdapat hubungan yang signifikan antara subskala motivasi dalam gaya kepimpinan transformasi diamalkan oleh pengetua dengan kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong.Hubungan positif ini menunjukkan semakin kerap diamalkan gaya kepimpinan motivasi oleh pengetua maka semakin tinggi tahap kepuasan kerja guru dan sebaliknya. Hubungan antara subskala Inspirasi motivasi adalah sederhana (r = .69) dengan kepuasan kerja guru (rujuk Jadual 4.15). Amalan subskala motivasi oleh pengetua dapat meningkatkan tahap kepuasan kerja guru sebanyak 48 %.Kesimpulannya menunjukkan bahawa ke semua subskala gaya kepimpinan tranformasi adalah mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Pay Fong. Subskala Inspirasi motivasi adalah subskala yang paling besar memberi impak kepadatahap kepuasan kerja guru berbanding dengan subskala-subskala gaya kepimpinan transformasi lain yang diamalkan oleh pengetua di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong. Manakala Subskala Intelek paling kurang memberi impak kepada tahap kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Pay Fong.Pengujian Hipotesis 5Ho5 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan bagi subskala kepimpinan transaksi dengan kepuasan kerja guru.Untuk menguji hipotesis ini kita hendaklah membuat interprestasi ke atas setiap hubungan subskala-subskala gaya kepimpinan transaksi dengan kepuasan kerja guru.Hubungan Antara Subskala Ganjaran Dengan Kepuasan Kerja Guru Keputusan Ujian Korelasi Pearson dalam Jadual 4.20 menunjukkan subskala gaya kepimpinan ganjaran kumpulan mempunyai hubungan yang signifikan (r = .62, p =.00) dengan kepuasan kerja guru. Oleh itu, kajian ini berjaya menolak Ho4 dan. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara subskala ganjaran kumpulan yang diamalkan oleh pengetua dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong.Hubungan positif ini menunjukkan semakin kerap diamalkan gaya kepemimpinan ganjaran oleh pengetua, semakin tinggi tahap kepuasan kerja guru dan sebaliknya. Hubungan antara subskala ganjaran kumpulan (r = .62) adalah pada tahap sederhana dengan kepuasan kerja guru. Ini menunjukkan bahawa pengetua yang mengamalkan gaya ganjaran kumpulan dapat meningkatkan tahap kepuasan kerja guru sebanyak 38 %.Hubungan Antara Subskala Pengecualian Aktif Dengan Kepuasan Kerja Guru Keputusan Ujian Korelasi Pearson dalam Jadual 4.20 pula menunjukkan subskala pengurusan melalui pengecualian aktif mempunyai hubungan yang signifikan (r = .52, p = .00) dengan kepuasan kerja guru. Oleh itu kajian ini berjaya menolak Ho5. Ini bermaksud terdapat hubungan yang signifikan antara subskala pengurusan melalui pengecualian aktif yang diamalkan oleh pengetua dengan kepuasan kerja guru.Hubungan positif ini menunjukkan semakin kerap diamalkan gaya pengecualian aktif oleh pengetua, maka semakin tinggi tahap kepuasan kerja guru dan sebaliknya. Hubungan antara subskala pengurusan melalui pengecualian aktif adalah sederhana (r =.52) dengan kepuasan kerja guru (rujuk Jadual 4.15). Pengetua yang mengamalkan gaya kepemimpinan pengurusan melalui pengecualian aktif dapat meningkatkan tahap kepuasan kerja guru sebanyak 27 % sahaja.Hubungan Antara Subskala Pengecualian Pasif Dengan Kepuasan Kerja Guru Keputusan Ujian Korelasi Pearson dalam Jadual 4.20 menunjukkan gaya kepimpinan pengecualian pasifmempunyai hubungan yang signifikan (r = .28, p =.00) dengan kepuasan kerja guru. Oleh itu kajian ini berjaya menolak Ho5. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara subskala pengurusan melalui pengecualian pasif dalam gaya kepimpinan transaksi diamalkan oleh pengetua dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong.Hubungan positif ini menunjukkan semakin kerap diamalkan gaya kepimpinan pengecualian pasif oleh pengetua maka semakin tinggi tahap kepuasan kerja guru dan sebaliknya. Hubungan antara subskala pengurusan melalui pengecualian pasif adalah lemah (r = 0.28) dengan kepuasan kerja guru (rujuk Jadual 4.15). Amalan subskala pengurusan melalui pengecualian pasif dapat meningkatkan tahap kepuasan kerja guru sebanyak 8 % sahaja.Hubungan Antara Subskala Laissez Faire Dengan Kepuasan Kerja Guru Keputusan Ujian Korelasi Pearson dalam Jadual 4.20 menunjukkan subskala laissez faire mempunyai hubungan yang tidak signifikan (r = -.10, p = -.21) dengan kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong. Oleh itu kajian ini menerima Ho.Tetapi subskala laissez faire dalam gaya kepimpinan transaksi yang diamalkan oleh pengetua mempunyai hubungan negatif (r = -..21) yang lemah dengan kepuasan kerja guru. Ini menunjukkan semakin tinggi amalan ciri kepeminpinan laissez faire diamalkan oleh pengetua akan menyebabkan semakin tidak semakin ramai guru yang tidak berpuashati dengan kerja mereka di sekolah.Kesimpulannya menunjukkan bahawa tiga daripada empat subskala gaya kepemimpinan transaksi adalah mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja guru. Subskala yang mempunyai hubungan yang signifikan adalah ganjaran kumpulan, pengurusan melalui pengecualian aktif dan pengurusan melalui pengecualian pasif manakala subskala laissez faire mempunyai hubungan yang tidak signifikan. Subskala ganjaran kumpulan adalah subskala yang paling digemari dan paling besar memberi impak kepada tahap kepuasan kerja guru. Manakala amalan gaya kepemimpinan laissezfaire pula adalah paling tidak digemari oleh guru-guru kerana kebanyakan guru menganggap amalan gaya kepemimpinan laissez faire akan menyebabkan guru-guru tiada panduan dalam melakukan kerja, disiplin sekolah akan merosot dan pengurusan sekolah yang tidak bersistematik. Ini menyebabkan guru-guru akan terbeban dengan pelbagai masalah dalam melaksanakan tugas mereka.4. 11 Ringkasan Kaedah Analisis Hipotesis dan Dapatan KajianKaedah analisis data dan hasil dapatan ujian hipotesis dapat ringkas seperti dibawah :Jadual 4. 21 : Ringkasan Kaedah Analisis Hipotesis dan Dapatan Kajian13347708890000HipotesisKaedah AnalisisDapatan Kajian HipotesisHo1: Tidak terdapat hubungan yangdominan antara gaya kepemimpinan transformasi dan gaya kepemimpinan transaksi di sekolah menengah.Ujian-t berpasanganHo1 berjaya ditolakHo2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepemimpinan transformasi diamalkan oleh pengetua dengan kepuasan kerja guru.Ujian KolerasiHo2 berjaya ditolakHo3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepemimpinan transaksi diamalkan oleh pengetua dengan kepuasan kerja guruUjian KolerasiHo3 berjaya ditolakHo4: Tidak terdapat hubungan yang signifikan bagi subskala-subskala (dimensi-dimensi) kepemimpinan Transfomasi dengan kepuasan kerja guru.Ujian KolerasiHo4 berjaya ditolakHo5: Tidak terdapat hubungan yang signifikan bagi subskala-subskala (dimensi-dimensi) kepemimpinan transaksi dengan kepuasan kerja guru.Ujian KolerasiHo5 berjaya ditolak (3 daripada 4 subskala adalah signifikan)4.12 RumusanBab ini menerangkan berkaitan dengan dapatan analisis kajian yang melibatkan penggunaan statistik deskriptif dan juga statistik inferensi iaitu ujian t berpasangan dan korelasi .Perbincangan hasil dapatan kajian akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam bab seterusnya.BAB 5 PERBINCANGAN DAN RUMUSANPendahuluanBab ini mengemukakan dapatan kajian dan perbincangan, cadangan-cadangan dan cadangan untuk penyelidikan selanjutnya dan rumusan. Ia memberi tumpuan kepada ulasan, pandangan dan cadangan pengkaji. Dalam bab ini juga akan dinyatakan penerangan ringkas tentang kaedah kajian, alat kajian, sampel kajian dan kaedah analisis data yang digunakan.Ringkasan Kaedah KajianTujuan utama penyelidikan ini ialah untuk mencari jawapan apakah gaya kepemimpinan pengetua yang dominan, hubungannya dengan kepuasan kerja guru, tahap kepuasan guru dan memperbandingkan subskala gaya kepemimpinan yang dominan di sekolah menengah dengan kepuasan kerja guru. Memandangkan aspek gaya kepemimpinan pengetua yang dominan menjadi fokus utama kajian ini, maka kajian ini juga bertujuan mencari hubungan antara gaya kepemimpinan tersebut dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah. Sejumlah lima buah sekolah terlibat dalam kajian ini.Soal selidik yang disesuaikan daripada skala MLQ (Multi Factor Leadership Questionnaire). Form 5X-Rater (1992). Soal selidik ini adalah semakan daripada MLQ- Form 5 yang telah dibentuk oleh Bass (1985). Soal selidik gaya kepemimpinan pengetuasekolah adalah terdiri daripada soal selidik kepemimpinan transformasi dan soal selidik kepemimpinan transaksi.Soal selidik kepemimpinan transformasi ini telah diubah suai oleh Poon (1995) dan Khalid (1997). Daripada 40 item dalam Poon (1995), Khalid (1997) telah mengubah suai soal selidik ini agar ia lebih berkaitan dengan kepemimpinan di sekolah dan menjadikannya 34 item berdasarkan empat subskala iaitu karisma, merangsang intelek, bertimbang rasa secara individu dan motivasi.Soal selidik kepemimpinan transaksi diperolehi daripada Bass dan Avolio (Bass dan Avolio,1995 dipetik dalam Felfe, 2002). Soal selidik ini mempunyai 12 item. Soal selidik kepuasan kerja pula menggunakan soal selidik yang dibentuk oleh Speed (1979). Semua soal selidik ini telah di hantar kepada guru-guru. Soal selidik ini digunakan untuk memperolehi data berkaitan persepsi guru mengenai gaya kepemimpinan pengetua di sekolah mereka dan kepuasan kerja guru.Dapatan Kajian dan PerbincanganKajian ini bertujuan melihat apakah jenis gaya kepemimpinan yang diamalkan pengetua serta hubungkait gaya kepemimpinan tersebut dengan kepuasan kerja guru sekolah menengah di daerah Kuala Terengganu Utara.Kerangka utama kajian ini menggunakan teori kepemimpinan yang diperkenalkan oleh Burns (1978) dan kemudiannya dikembangkan oleh Bass (1985). Burns (1978) membuatkesimpulan dalam bidang kepemimpinan bahawa pengetua sekolah merupakan contoh terbaik dalam kepemimpinan transformasi kerana mereka berupaya membawa perubahan kepada sebahagian besar tingkah laku guru-guru dan murid-muridnya.Bass (1985) pula menyatakan bahawa seorang pemimpin transformasi boleh memainkan peranannya sebagai guru, mentor, jurulatih, pejuang perubahan dan pejuang revolusi. Beliau juga menegaskan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kepentingan kehadiran kepemimpinan transformasi di sekolah sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Ciri kepemimpinan transformasi itu sendiri yang kondusif untuk diaplikasikan di sekolah dan faktor perubahan yang menuntut kepemimpinan sedemikian wujud di sekolah. Bass dan Avolio (1995) pula menyatakan bahawa hanya terdapat gaya kepemimpinan yang utama yang sering diamalkan oleh para pemimpin iaitu kepemimpinan Transfomasi dan kepemimpinan transaksi.Dalam kajian ini akan menfokus kepada hubungan gaya kepemimpinan pengetua dan dengan kepuasan kerja guru. Kajian tentang gaya kepemimpinan merujuk menurut Bass dan Avolio (1995) dan kajian kepuasan kerja guru pula merujuk kepada kajian yang telah dibuat oleh Speed (1979).Dapatan Kajian Gaya Kepemimpinan yang Dominan di Sekolah Menengah DariJadual4.13mendapatibahawaterdapatperbezaanamalanantaragaya kepemimpinan diantara pengetua-pengetua di sekolah menengah. Gaya kepemimpinan transformasi adalah lebih dominan diamalkan oleh pengetua di sekolah menengahberbanding dengan gaya kepemimpinan transaksi. Skor min gaya kepemimpinan transformasi adalah lebih tinggi berbanding gaya kepemimpinan transaksi bagi sekolah menengah.Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa ciri-ciri kepemimpinan transformasi adalah yang banyak diamalkan di sekolah menengah berbanding dengan ciri-ciri kepemimpinan transaksi. Dapatan kajian ini adalah selari dengan kajian yang dibuat oleh Wan Faridah Akmal, Noor dan Ishak (2002) yang mendapati lebih ramai pemimpin menggunakan gaya kepimpinan transformasi daripada berkepimpinan transaksi.Pemimpin transformasi seperti yang dinyatakan oleh Bass (1985) merupakan pemimpin yang mementingkan hubungan yang baik dan mesra dengan pekerja, melayan pekerja dengan adil dan saksama, memberi pertolongan, nasihat dan juga menggalakkan perkembangan kendiri dan profesion pekerja melalui penglibatan pekerja dalam proses membuat keputusan selain mementingkan pencapaian matlamat atau wawasan yang telah ditetapkan.Kajian Button (2003) juga mendapati bahawa kepimpinan transformasi merupakan gaya kepimpinan yang terbaik untuk diamalkan di sekolah. Ini kerana melalui kepimpinan ini budaya kerjasama terutama dalam menangani masalah dijadikan amalan. Ini kerana stuktur organisasi kepimpinan transformasi seperti yang dikaji adalah rata dan tidak berhierarki dari sudut perkongsian kepimpinan.Kajian Button (2003) dalam Nursuhaila (2007) yang dijalankan melalui kaedah pemerhatian berkenaan dengan aplikasi prinsip kepimpinan transformasi dalam aspek pembangunan guru menunjukkan dapatan bahawa melalui kepimpinan transformasi yang diamalkan guru-guru lebih jelas terhadap peranan kepimpinan mereka. Ini kerana kepimpinan transformasi membiasakan mereka bekerja secara sepasukan dan sentiasa menghidupkan semangat dan kesedaran ke arah mencapai visi dan misi yang ingin dicapai. Dapatan kajian oleh Jazmi (2009) juga menunjukkan menunjukkan bahawa gaya kepemimpinan transformasi adalah lebih dominan diamalkan oleh para pengetua di Sekolah Menengah berbanding dengan gaya kepemimpinan transaksi.Ini kerana guru-guru lebih berpuashati dengan amalan gaya kepemimpinan pengetua kerana pengetua yang mengamalkan gaya kepemimpinan transfomasi akan lebih banyak memberi tunjukkan ajar dan panduan kepada guru-guru di bawahnya berbanding dengan pengetua yang mengamalkan gaya kepemimpinan transaksi yang kurang memberi tunjuk ajar kepada guru-guru sebaliknya akan mengenakan hukuman jika guru-guru melakukan kesilapan dalam melaksanakan tugasan mereka.Dapatan Kajian Tahap Kepuasan Guru Di Pengetua Antara Sekolah MenengahDapatan kajian daripada Jadual 4.14 (b) menunjukkan bahawa tahap kepuasan kerja pada skor min 3.62. Ini menunjukkan tahap kepuasan kerja guru berada pada tahap yang sederhana.Dapatan ini dibercanggah dengan dapatan kajian oleh Raziah dan Ahmad (2009) tentang gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja guru di Seremban, Negeri Sembilan juga mendapati tahap kepuasan kerja guru berada pada tahap yang tinggi dan dapatan kajian oleh Ghazali (1997) menunjukkan bahawa 38.7% guru di Malaysia berada pada tahap kepuasan yang rendah.Dapatan Kajian Hubungan Antara Gaya Kepemimpinan Pengetua Dengan Kepuasan Kerja GuruDaripada Jadual 4.16 diatas menunjukkan keputusan Korelasi Pearson hubungan gaya kepemimpinan dengan kepuasan kerja guru adalah signifikan dan hubungan tersebut adalah positif dan pada tahap yang tinggi. Hubungan positif ini menunjukkan semakin kerap pengetua mengamalkan gaya kepemimpinan mereka, maka tingkat kepuasan kerja guru semakin meningkat. Ini menunjukkan bahawa gaya kepemimpinan pengetua memberi kesan ke atas peningkatan kepuasan kerja guru. Dapatan Kajian ini juga sama dengan dapatan kajian oleh Raziah dan Ahmad (2009) yang mendapati tahap kepuasan kerja guru dengan gaya kepimpinan guru besar (pengetua) berada pada tahap yang tinggi. Ini kerana kebanyakan sekolah yang dikaji terdiri daripada daripada pengetua- pengetua yang telah lama berkhidmat dalam bidang pengurusan sekolah dan ada di antara mereka yang pernah bertugas di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sebelum dilantik menjadi pengetua. Jadi jadi pengetua-pengetua tersebut mempunyai kefahaman yang jelas tentang teori, konsep dan cara pengamalan kepimpinan akan menyebabkan para guru akan mencapai kepuasan kerja tinggi.Dapatan Kajian Hubungan Antara Gaya Kepemimpinan Transformasi Dengan Kepuasan Kerja GuruDaripada Jadual 4.17 menunjukkan bahawa hubungan gaya kepemimpinan transformasi terhadap kepuasan kerja guru di sekolah menengah adalah signifikan dan berada pada tahap tinggi. Ini menunjukan bahawa guru-guru akan semakin mendapat kepuasan kerja apabila semakin kerap pengetua mengamalkan gaya kepemimpinan transformasi. Dapatan ini adalah disokong oleh kajian dapatan pakar seperti Bass (1990) yang mengatakan seseorang pemimpin itu telah mengamalkan gaya kepimpinan transformasi apabila dia berjaya mengubah sikap individu-individu yang dipimpinnya daripada sikap mengutamakan kepentingan diri sendiri kepada mementingkan kelompok. Perubahan ini terjadi apabila mereka dengan sukarela sanggup bekerja dan berjuang demi mencapai tujuan dan matlamat organisasinya.Dapatan kajian ini menolak dapatan kajian oleh Wan Faridah Akmal, Noor dan Ishak (2002) yang menyatakan pengurus dengan gaya kepimpinan transaksi tinggi lebih memberi ciri kerja dan kepuasan kerja kepada pekerjanya berbanding pengurus dengan gaya kepimpinan transformasi tinggi.Dapatan Kajian Hubungan Antara Gaya Kepemimpinan Transaksi Pengetua Dengan Kepuasan Kerja GuruJadual 4.18 di atas menunjukkan terdapat hubungan yang antara gaya signifikan di antara kepemimpinan transaksi pengetua dengan kepuasan kerja guru di sekolahmenengah. Hubungan tersebut adalah secara positif . Nilai korelasi r = .51 menunjukan tahap hubungan kedua-dua pemboleh ubah ini adalah sederhana (rujuk Jadual 4.15).Dapatan kajian ini disokong oleh Fortmann et. al.(2003) bahawa kepemimpinan transaksi mempunyai kelebihan dan kekuatan tertentu terutama dalam mendorong tingkahlaku ke arah kepatuhan tugas di kalangan subordinat.Dapatan kajian ini sama dengan hasil kajian yang oleh Jazmi (2009) yang dapati bahawa dengan kepuasan kerja guru menunjukkan terdapatnya hubungan signifikan. Tetapi terdapat sedikit percanggahan dari segi tahap hubungan kedua-dua pemboleh ubah tersebut. Kajian tersebut juga mendapati bahawa tahap hubungan gaya kepemimpinan transaksi pengetua adalah rendah tetapi kajian ini mendapati hubungan tersebut berada pada tahap yang sederhana. Ini kerana faktor ganjaran yang sering digunakan dalam amalan kepemimpinan transaksi terutama dengan skim gaji baru yang ditawarkan kepada mereka sekarang ini menyebabkan mereka lebih berpuashati dengan beban kerja mereka di sekolah.DapatanKajianHubunganSubskala-SubskalaGayaKepemimpinan transformasi Dengan Kepuasan Kerja GuruDalam Jadual 4.19 mendapati keempat-empat subskala kepemimpinan transformasi iaitu karisma, timbang rasa, intelek dan inspirasi motivasi mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja guru.Secara keseluruhannnya, hubungan subskala kepemimpinan transformasi dengan kepuasan kerja guru antara tahap sederhana. Subskala yang mempunyai hubungan yang paling kuat adalah subskala inspirasi motivasi manakala subskala yang paling lemah adalah subskala Intelek.Dapatan kajian ini dengan selari dengan Al-Muz-Zammil dan Nazri (2008) yang mendapati keempat-empat subskala gaya kepimpinan guru besar mempunyai hubungan signifikan dengan kepuasan kerja dan persepsi guru tetapi pada tahap hubungan yang tinggi.DapatanKajianHubunganSubskala-SubskalaGayaKepemimpinan Transaksi Dengan Kepuasan Kerja GuruDalam Jadual 4.20 menunjukan tiga daripada empat subskala kepemimpinan transaksi mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja guru. Subskala yang mempunyai hubungan yang signifikan adalah ganjaran kumpulan, pengurusan melalui pengecualian aktif dan pengurusan melalui pengecualian pasif. Kajian ini mendapati bahawa subskala Laissez Faire adalah tidak mempunyai hubungan yang signifikan ( r =-.10, p = .21) .Dapatan kajian ini disokong oleh kajian yang sama dilakukan oleh Jazmi (2009) yang mendapat tiga daripada empat subskala gaya kepemimpinan transaksi adalah signifikan dengan kepuasan kerja guru manakala ciri gaya kepemimpinan Laissez Faire adalah tidak signifikan dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah.Secara keseluruhannnya, Subskala yang mempunyai hubungan positif yang paling kuat adalah subskala Ganjaran (r = .62, p ; .00), manakala subskala Laissez Faire mempunyai hubungan yang negatif dan tahap hubungan yang paling lemah ( r = -.10, p= 21) berbanding dengan subskala yang lain. Ini kerana kebanyakan guru tidak suka kepada amalan gaya kepemimpinanan laissez faire kerana kepemimpinan jenis ini boleh menyebabkan guru-guru dan kakitangan tidak mendapat panduan yang jelas untuk melaksanakan kerja mereka, disiplin sekolah akan merosot dan pengurusan sekolah tidak bersistematik dan akan menyebabkan guru-guru terbeban dengan pelbagai masalah dalam melaksanakan tugas mereka di sekolah.Sumbangan Kajian Dalam Bidang Pengurusan PendidikanKajian ini akan meningkatkan kefahaman pihak-pihak yang berkaitan tentang gaya kepemimpinan yang sesuai diamalkan atau sebaliknya semasa mengurus dan pentadbir sekolah. Kefahaman mengenai hubungan dan pengaruh gaya kepemimpinan oleh pengetua, PPD, JPN, KPM dan pihak-pihak berkaitan dengan kepuasan kerja guru akan mewujudkan iklim dan budaya sekolah yang cemerlang dan berkesan.Maklumbalas dari kajian ini dapat membantu pengetua mengaplikasikan jenis gaya kepemimpinan yang perlu bersesuaian dengan iklim sekolah bagi memastikan keselesaan dan kepuasan kerja guru serta menjadikan sekolah sebagai pusat kecemerlangan dalam membangunkan modal insan yang berkualiti.Dapatan kajian ini akan mendedahkan penemuan yang menarik tentang gaya kepemimpinan dan kepuasan kerja guru. Hasil dapatan kajian menunjukkan kedua-dua gaya kepemimpinan transformasi dan transaksi mempunyai kelebihan dan kekurangan tertentu. Gaya kepeminpinan ini sebenarnya telah diamalkan secara serentak dalam pengurusan para pengetua di sekolah bagi mewujudkan hubungan kerja stabil dan menyenangkan diantara warga sekolah.Kajian ini diharap dapat menambahkan lagi nilai dan kualiti kepemimpinan di sekolah- sekolah di Malaysia. Kajian penambahbaikan bidang kepemimpinan amat perlu dititik beratkan memandangkan bidang kepemimpinan merupakan suatu bidang yang akan menentukan hala tuju sesebuah negara yang bermula dari kepemimpinan di peringkat sekolah.Dalam usaha memantapkan tahap keprofesionalisme perguruan, gaya kepimpinan pengetua di sekolah haruslah sentiasa disesuaikan dengan keperluan dan kehendak semasa. Ini terutama sekali dalam membuat perancangan kita perlu melihat semua aspek kelemahan dan kekuatan sumber yang kita ada terutama sekali guru-guru agar mereka mendapat kepuasan kerja yang apa bila mereka melakukan tugas di sekolah.Kepimpinan di sekolah juga perlu mengambil berat tentang peningkatan mutu perkhidmatan dengan menggalakkan kakitangan meningkatkan tahap keprofesionalsime. Galakan seperti mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan, melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi dan memberi peluang untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi. . Inisesuai dengan dasar transformasi pendidikan yang di dasar transformasi pendidikan yang diwar- warkan. Dasar transformasi pendidikan ini melibatkan tiga gelombang atau fasa yang mengambil masa tiga belas tahun bermula tahun 2013-2025. Proses transformasi yang terancang ini memberi satu lagi cabaran kontemporari buat dunia profesion perguruan dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menghadapi cabaran abad ke-21Pihak berwajib haruslah sentiasa memantau tahap kepemimpinan pengetua sekolah agar wujudnya hubungan dua hala di mana pengetua sekolah berjaya melakukan perubahan positif dan guru-guru mencapai tahap kepuasan dalam kerjanya. Kepemimpinan yang baik bakal melahirkan permuafakatan seluruh warga sekolah yang terdiri dari pemimpin dan pentadbir, guru-guru dan staf sokongan. Keadaan ini akhirnya akan melahirkan iklim sekolah yang kondusif seterusnya akan mencapai kecemerlangan.Abdul Shukor (2006) menyatakan bahawa seseorang pemimpin di sekolah mampu melakukan pembaharuan dan perubahan di sekolah tetapi keberkesanan yang muktamad ialah sejauh mana guru menerima dan melaksanakan perubahan dan pembaharuan tersebut. Beliau menyatakan dua faktor yang menentukan sesebuah sekolah itu berkesan iaitu ianya tidak bergantung kepada kepemimpinan mutlak pemimpin sekolah. Kedua membina persekitaran sekolah yang berteraskan hubungan yang intim antara pengetua, pentadbir dan juga para guru.Implikasi KajianKajian tentang gaya kepemimpinan dan kepuasan kerja merupakan langkah untuk memahami peranan gaya kepemimpinan terhadap kepuasan kerja agar dapat memberikan maklumbalas demi kepentingan pengurusan terutama di peringkat sekolah sekaligus meningkatkan keberkesanan sekolah.Hasil kajian ini juga turut memberikan sumbangan yang penting kepada khazanah ilmu terutamanya bagi pengamal kepemimpinan sekolah dan pembuat dasar pendidikan di Malaysia. Implikasi daripada hasil kajian ini dibincangkan bagi meningkatkan lagi keberkesanan kepemimpinan pengetua di sekolah menengah. Dapatan daripada kajian menunjukkan pengetua di sekolah menengah mengamalkan gaya kepemimpinan transformasi dan transaksi. Ini dapat melahirkan sekolah yang cemerlang kerana gaya kepemimpinan transformasi menetapkan pencapaian matlamat melakukakan perubahan dan dengan adunan gaya kepemimpinan transaksiakan dapat menghasilkan pencapaian akademik yang lebih cemerlang.Dapatan ini dengan jelas dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Institut Aminuddin Baki (IAB) dalam membuat pemilihan guruguru besar yang lebih berkelayakan, tidak hanya bersandarkan kepada senioriti dan kebolehan IQ tetapi menekankan kepada tahap kompetensi seseorang pemimpin sekolah yang akan dilantik. Malah maklumat hasil kajian ini merupakan sumber penting kepada KPM, Jabatan- Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), IAB dan jugaPejabat-Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk memperkukuhkan kompetensi pemimpin-pemimpin sekolah dalam usaha untukmeningkatkan tahap kecemerlangan kepimpinan dan pengurusan sekolah-sekolah di Malaysia.Keputusan kajian ini menunjukkan kepemimpinan transformasi dan transaksi wujud di kalangan pengetua dan mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja guru dan berada pada tahap yang tinggi. Ini memberi implikasi bahawa gaya kepemimpinan transformasi dan transaksi bukan sahaja terdapat dalam sesuai diamalkan dalam bidang peniagaan, pentadbiran pejabat, pertahanan dan kesukanan tetapi ianya juga wujud dalam bidang pendidikan.Oleh itu, dicadangkan agar pengetua mengamalkan kedua-dua gaya kepemimpinan transformasi dan transaksi. Kerana sebagai pengetua, mereka berhadapan dengan guru- guru, staf dan pelajar yang merupakan elemen-elemen yang memerlukan perhubungan kemanusiaan yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang lebih banyak berhubung dengan mesin-mesin atau jentera seperti di kilang-kilang.Bass dan Avolio (1990) berpendapat kepemimpinan transformasi adalah suatukemahiran yang boleh dipelajari. Oleh itu dicadangkan para pengetua diberi peluang mengikuti latihan kemahiran kepemimpinan transformasi dan transaksi agar mereka dapat meningkatkan kemahiran dalam memilih gaya kepemimpinan yang sesuai berdasarkan suasana dan tempat. Perkara ini penting kerana ianya dapat meningkatkan kepuasan kerja dan motivasi di kalangan guru di sekolah menengah.Cadangan PenyelidikanHasil dari dapatan kajian, penyelidik ingin mencadangkan beberapa cadangan untuk tujuan kajian selanjutnya. Penyelidikan selanjutnya perlulah yang menumpukan kepada kajian hubungan tingkah laku kepemimpinan pengetuadan kesannya kepada pencapaian akademik pelajar. Disamping itu kajian hubungan beban kerja guru dengan pencapaian akademik pelajar juga perlu diberi penekanan memandangkan ramai guru-guru sekarang menghadapi masalah untuk memfokuskan pengajaran mereka dalam pengajaran dan pembelajaran dikelas kerana terpaksa menyelesaikan banyak tugas yang bukan bersikap akademik.Kajian sebegini amat perlu dilaksanakan memandangkan kajian-kajian kepemimpinan sedia ada hanya mengaitkan dengan kepuasan kerja guru, motivasi guru dan komitmen guru sahaja. Untuk kajian pada masa depan harus meninjau kepada gaya kepemimpinan yang lebih luas dan hanya berfokus gaya kepemimpinan transformasi dan transaksi supaya ianya memberi matlumat yang lebih mendalam tentang gaya kepemimpinan yang berkesan dalam bidang pendidikan khususnya.RumusanKajian ini menunjukkan gaya kepemimpinan pengetua memberi kesan yang besar kepada kepuasan kerja guru. Dapatan kajian dengan menunjukan gaya kepemimpinan transformasi lebih dominan diamalkan oleh pengetua sekolah menengah berbanding dengan gaya kepemimpinan transaksi. Kajian juga berjaya membuktikan gaya kepemimpinan pengetua mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kepuasan kerja guru.Kajian ini mendedahkan bahawa walaupun banyak keluhan dan rintihan tentang beban kerja guru yang terpaksa dilakukan oleh guru pada masa kini tetapi sebenarnya tahap kepuasan kerja guru masih lagi berada pada tahap yang tinggi di mana lebih separuh responden memilih setuju dan sangat setuju pada borang soal selidik berkaitan kepuasan kerja mereka di sekolah setakat ini. Matlumat daripada kajian ini juga menunjukkan bahawa para pemimpin di sekolah telah terlibat melaksanakan elemen-elemen kepemimpinan transformasi dan transaksi dalam pentadbiran di sekolah-sekolah sama ada secara langsung atau tidak langsung.Gaya kepimpinan yang berkesan seringkali dilihat sebagai penyumbang kepada tahap kepuasan kerja yang tinggi dan sebaliknya. Beberapa cadangan dan intervensi telah dicadangkan dalam usaha memperkembangkan dan meningkatkan tahap keprofesionalisme perguruan di negara ini. .LAMPIRAN ABORANG SOAL SELIDIKUNIVERSITI PUTRA MALAYSIASalam Sejahtera.Rakan-rakan guru yang dihormati, Tuan/Puan,Soal selidik ini dikemukakan adalah untuk mengumpul maklumat berkenaan Hubungan Gaya Kepemimpinan Pengetua Dan Kepuasan Kerja Guru-Guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong Melaka.Tujuan soal selidik ini adalah bagi mengkaji Tentang Hubungan Gaya Kepimpinan Pengetua Dan Kepuasan Kerja Guru-Guru di Sekolah Menengah Swasta Pay Fong Melaka. Dapatan kajian ini akan diserahkan kepada Universiti Putra Malaysia bagi memenuhi keperluan sebahagian daripada Kursus Ijazah Sarjana Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan) Universiti Putra Malaysia.Sehubungan dengan itu, saya memohon kerjasama tuan/puan agar dapat memberi maklumat yang berkaitan. Segala maklumat yang diperolehi adalah RAHSIA dan hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja. Kerjasama dan penyertaan tuan/puan didahulukan ucapan terima kasih.Sekian.Yang Benar,121793017335500(PANG LING HUEY)No. Matrik : JM41139Ijazah Sarjana Pendidikan Pentadbiran Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.B a h a g i a n A : (Soal Selidik Untuk Guru)Borang ini adalah merupakan soal selidik mengenai latar belakang responden. Dipohon kerjasama tuan/puan untuk menandakan (X) di tempat yang berkenaan dengan ikhlas dan jujur. Segala kenyataan yang tuan/puan berikan adalah sulit dan akan diproses secara kumpulan. Kerjasama tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.Jantina1616710-508000LelakiPerempuanUmur1616710-190500Antara 20-30 tahunAntara 31 – 40 tahunAntara 41-50 tahunAntara 51 – 60Status1616710-508000BujangBerkahwinPengalaman mengajar1. Kurang 2 tahun 2. 2 – 5 tahun 3. 6 – 10 tahun 4. 10 tahun ke atas 5. Bangsa 1. Melayu 2. Cina 3. India 4. Lain-lain (nyatakan) Kelayakan akademik tertinggi16167103619500SPM / STPMSijil /DiplomaIjazah Sarjana Muda PendidikanIjazah SarjanaLain-lain (nyatakan) Bahagian B(Gaya Kepemimpinan Guru Besar)Sila baca dengan teliti setiap kenyataan dalam soal selidik ini.Dengan merujuk skala di bawah, sila BULATKAN penyataan yang tuan/puan FIKIRKAN paling sesuai menggambarkan tingkah laku kepemimpinan guru besar di sekolah anda.5 – Kerap4 – Agak kerap3 – Kadang-kadang2 – Sekali-sekala1 -Tidak pernahBIL SOALAN SKALA UNTUK DIISI OLEH PENYELIDIKB01 Pengetua menetapkanprestasi pencapaian yang tinggi.1 2 3 4 5 B02 Pengetua lebihmenganggap saya sebagai individu daripada hanya sebagai sebahagian dalam anggota kumpulan.1 2 3 4 5 B03 Pengetuatetaptenangsemasamenghadapi keadaan krisis.1 2 3 4 5 B04 Pengetua dapat membayangkan kemungkinan baru yang lebih baik.1 2 3 4 5 B05 Pengetua mempertimbangkan semulapenyelesaianbagisesuatu masalah untuk mempastikan sesuai atau tidak.1 2 3 4 5 B06 Pengetua mendengar dengan bersungguh-sungguh terhadap keperluan saya.1 2 3 4 5 B07 Saya merasa bangga apabila dikaitkandengan pengetua sekolah saya.1 2 3 4 5 B08 Pengetuabercakapsecaraoptimistentang masa depan.1 2 3 4 5 B09 Pengetua mendorong kami memikirkansemula idea-idea yang sebelum ini yang kami tidakpernah dipersoalkan.1 2 3 4 5 B10 Pengetuamemberinasihatyangberguna untuk kemajuan diri saya.1 2 3 4 5 B11 PEngetua membelakangi kepentingandiribeliaudemiuntukkebaikankumpulan.1 2 3 4 5 B12 Pengetuamenyuarakankeyakinanbeliau terhadap kami dalam mencapaimatlamat.1 2 3 4 5 B13 Pengetuamendorongsayauntukmembentuk kekuatan diri.1 2 3 4 5 B14 Pengetua memberi jaminan bahawakami boleh mengatasi sebarang rintangan.1 2 3 4 5 B15 PengetuamemberigalakanyangBerterusan kepada saya.1 2 3 4 5 B16 Pengetua mendapatkan pandangan yang berlainan / unik apabila menyelesaikan masalah yang dihadapi.1 2 3 4 5 B17 Pengetua meluangkan masa untuk membimbing saya.1 2 3 4 5 B18 Pengetuamenunjukkankemampuandanbakatyangluarbiasadalamsebarang hal yang dilaksanakan olehbeliau.1 2 3 4 5 B19 PEngetuamenarikperhatiansayakepada `apa’ yang dijangka akan berjaya.1 2 3 4 5 B20 Guru besar mencadangkan cara baru bagikami menjalankan tugas.1 2 3 4 5 B21 Pengetua menganggap setiap individu mempunyai keperluan, keupayaan dan aspirasi yang berlainan.1 2 3 4 5 B22 Tingkah laku Pengetua menimbulkanpenghormatan saya terhadap pengetua.1 2 3 4 5 B23 Pengetua bercakap dengan penuh berminattentang apa yang harus dilengkapkan.1 2 3 4 5 B24 Pengetua menggalakkan sayamemberikan idea dan pendapat.1 2 3 4 5 B25 PEngetua membimbing saya mengenalpasti tentang keperluan dan kecekapan oranglain.1 2 3 4 5 B26 Pengetua menunjukkan keyakinan dankuasanya.1 2 3 4 5 B27 Pengetua menimbulkan kesedaran tentang apa yang perlu dipertimbangkan.1 2 3 4 5 B28 Pengetua menyatakan dengan jelas visi, misi, objektif dan masa depan sekolah.1 2 3 4 5 B29 Pengetua membolehkan saya melihatmasalah dari pelbagai aspek.1 2 3 4 5 B30 Pengetua menggalakkan kemajuan diri.1 2 3 4 5 B31 Pengetua menunjukkan keyakinan untukmelaksanakanapayangtelahdirancangkan oleh beliau.1 2 3 4 5 B32 PEngetua menggalakkan pemikiran barudalam menghadapi masalah lama.1 2 3 4 5 B33 Pengetua memberi perhatian peribadikepada guru-guru yang menyisihkan diri.1 2 3 4 5 B34 PEngetua lebih mementingkan kaedahpenyelesaianmasalahberdasarkanpenaakulan(reasoning)danbuktidaripada pendapat yang tidak berasas.1 2 3 4 5 B35 Pengetua menjelaskan sasaran kerja gurusecara jelas.1 2 3 4 5 B36 Pengetua menunjukkan kepuasan jikasasaran telah diketahui oleh semuaguru.1 2 3 4 5 B37 Pengetua sebagai perangsang kepadaPencapaian1 2 3 4 5 B38 Pengetua memberi perhatian kepadapelanggaranperaturanyangtelahditetapkan.1 2 3 4 5 B39 Pengetua memberi perhatian kepadakesalahan kerja guru.1 2 3 4 5 B40 Mengambil tindakan terhadap kesalahanKerja guru secara tekal.1 2 3 4 5 B41 Pengetua hanya campur tangan apabilaada masalah berlaku.1 2 3 4 5 B42 Pengetua hanya bertindak balas kepadamasalah Jika perlu.1 2 3 4 5 B43 Pengetua menolakkan tanggungjawabnya.1 2 3 4 5 B44 Menangguhkan sesuatu keputusan yang penting.1 2 3 4 5 B45 Pengetua mengelakkan diri dari membuatkeputusan.1 2 3 4 5 B46 Tidakmenggunakankuasadalam membuat apa-apa keputusan.1 2 3 4 5 Bahagian C (Kepuasan Kerja Guru)Berikut adalah pemyataan-pernyataan tentang perasaan anda terhadap organisasi anda. Sila BULATKAN 31324555384801- Sangat Tidak Setuju 2 – Tidak Setuju3 – Kurang Setuju 4 – Setuju5 – Sangat Setuju001- Sangat Tidak Setuju 2 – Tidak Setuju3 – Kurang Setuju 4 – Setuju5 – Sangat Setujupernyataan-pemyataan yang anda fikir sesuai berdasarkan Skala-Skala berikut:BIL SOALAN SKALA UNTUK DIISI OLEH PENYELIDIKC01 Bilangan pelajar di bawah tanggungjawab anda ramai.1 2 3 4 5 C02 Peluang untuk maju dalam profesionanda.1 2 3 4 5 C03 Peluanguntukberbincangmasalahdengan pihak pentadbir.1 2 3 4 5 C04 KepercayaanandaterhadappihakPentadbir di sekolah1 2 3 4 5 C05 Kerjaya anda dalam sekolah.1 2 3 4 5 C06 Peluang anda untuk maju dalam bidangyang anda minati.1 2 3 4 5 C07 Kemudahan fizikal di sekolah anda cukup.1 2 3 4 5 C08 Kecekapan professional dan kepemimpinan pihak pentadbir.1 2 3 4 5 C09 Bilangan matapelajaran yang anda ajar banyak.1 2 3 4 5 C10 Susun atur peralatan di sekolah anda.1 2 3 4 5 C11 Kemudahan alat bantu mengajar yangsesuai.1 2 3 4 5 C12 Jumlah tugasan yang perlu dilaksanakanoleh anda banyak.1 2 3 4 5